COVID-19: Enam kluster baharu di tempat kerja dikenal pasti
ASTRO AWANI
Februari 21, 2021 18:53 MYT
Kementerian Kesihatan Malaysia merekodkan pertambahan enam kluster baharu yang kesemuanya melibatkan tempat kerja. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan pertambahan enam kluster baharu yang kesemuanya melibatkan tempat kerja.
Berikut perincian bagi setiap kluster berkenaan:
1) KLUSTER JALAN KOTA KULAI
- Melibatkan daerah Kulai, Johor.
- Kes dikesan positif pada 21 Februari hasil saringan bersasar pekerja kilang.
- Seramai 89 individu disaring, 31 kes positif.
2) KLUSTER JALAN CEMERLANG BESI
- Melibatkan daerah Johor Bahru, Johor.
- Kes dikesan positif pada 21 Februari hasil saringan bersasar pekerja kilang.
- Seramai 83 individu disaring, 31 kes positif.
3) KLUSTER JALAN KELAPA MAWAR
- Melibatkan daerah Batu Pahat, Johor.
- Kes dikesan positif pada 21 Februari hasil saringan bersasar pekerja kilang.
- Seramai 91 individu disaring, 16 kes positif.
4) KLUSTER JALAN PANDAN RIA
- Melibatkan daerah Johor Bahru, Johor.
- Kes dikesan positif pada 21 Februari hasil saringan pekerja syarikat pembersihan.
- Seramai 43 individu disaring, 13 kes positif.
5) KLUSTER JALAN PERSIARAN CEMERLANG
- Melibatkan daerah Johor Bahru, Johor.
- Kes dikesan positif pada 21 Februari hasil saringan bersasar pekerja kilang.
- Seramai 131 individu disaring, 12 kes positif.
- Kes dikesan positif pada 21 Februari hasil saringan bersasar pekerja kilang.
- Seramai 131 individu disaring, 12 kes positif.
6) KLUSTER PERUSAHAAN BARU
- Melibatkan daerah Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang.
- Kes dikesan positif pada 20 Februari hasil saringan bersasar pekerja kilang.
- Seramai 213 individu disaring, 24 kes positif.