Kenyataan Akhbar KPK 7 Februari 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia
SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT
CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA
7 FEBRUARI 2021
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 7 Februari 2021 (jam 12:00 tengah hari);
- Kes sembuh : 3,369 kes (190,339 kes kumulatif, 78.5%);
- Kes baharu : 3,731 kes (242,452 kes kumulatif);
- Kes import : 8 kes (4 warganegara dan 4 bukan warganegara)
- Kes tempatan : 3,723 kes [1,946 warganegara (52.3%); 1,777 bukan warganegara (47.7%)];
- Kes aktif : 51,241 kes;
- Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 292 kes;
- Kes memerlukan bantuan pernafasan : 140 kes; dan
- Kes kematian : 15 kes (872 kes kumulatif , 0.36%)
Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,606 kes (43.0 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 1,025 kes (63.8 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Johor sebanyak 499 kes (13.4 peratus) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 372 kes (10.0 peratus).
Sebanyak 43 kes (1.2 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di lokap, depot tahanan imigresen, dan penjara yang membabitkan Kluster Tembok Sungai Udang (18 kes), Kluster Tembok Taiping (9 kes), Kluster Tembok Renggam (7 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (5 kes), Kluster Penjara Seberang Perai (3), dan Kluster Tembok Mempaga (1 kes).
Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan empat (4) kes di Selangor, masing-masing tiga (3) kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Sabah, dua (2) kes di Sarawak, dan masing-masing satu (1) kes di Pulau Pinang, Kedah, dan Johor. Kesemua kes kematian melibatkan warganegara. KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.
Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2, manakala ringkasan kes kematian mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 3 yang disertakan bersama kenyataan media ini.
MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER
Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 7 Februari 2021;
- Jumlah kluster : 895 kluster;
- Jumlah kluster baharu : 7 kluster;
- Jumlah kluster yang telah tamat : 454 kluster (termasuk tujuh (7) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Pintu Geng, Kluster Ehsan Ibol, Kluster Persiaran Heights, Kluster Langkasuka, Kluster Wawasan, Kluster Jalan BBN, dan Kluster Texmile);
- Jumlah kluster aktif : 441 kluster;
- Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 81 kluster; dan
- Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Industri Serkam (246 kes), Kluster Gudang Salak Tinggi (127 kes), dan Kluster Tapak Bina Lembah Selatan (99 kes).
KLUSTER BAHARU
KKM juga ingin memaklumkan terdapat tujuh (7) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini, yang melibatkan tiga (3) kluster berkaitan tempat kerja, dua (2) kluster komuniti, satu (1) kluster keagamaan, dan satu (1) kluster melibatkan kumpulan berisiko tinggi.
Perincian kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.
No. | Nama Kluster | Negeri | Kategori Kluster |
1 | Tapak Bina Lembah Selatan | Selangor | Tempat Kerja |
2 | Jalan Bagan | Selangor | Tempat Kerja |
3 | Jalan Gangsa Dua | Johor | Tempat Kerja |
4 | Seruas | Sarawak | Komuniti |
5 | Taman Segar | Perak | Komuniti |
6 | Lorong Mawar | Perak | Keagamaan |
7 | Ampang Campuran | Selangor | Kumpulan Berisiko Tinggi |
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
- Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
- Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)
Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
7 Februari 2021 @ 6.00 petang.
LAMPIRAN 1
BILANGAN KES COVID-19
MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA
(SEHINGGA 7 FEBRUARI 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)
NEGERI | BILANGAN KES BAHARU *( ) | BILANGAN KES KUMULATIF |
SELANGOR | 1,606 | 78,384 |
SABAH | 160 | 50,374 |
WP KUALA LUMPUR | 372 (6) | 29,223 |
JOHOR | 499 (2) | 26,644 |
NEGERI SEMBILAN | 92 | 12,394 |
PULAU PINANG | 250 | 8,941 |
PERAK | 71 | 6,852 |
KEDAH | 43 | 6,265 |
SARAWAK | 219 | 5,676 |
MELAKA | 313 | 4,796 |
KELANTAN | 32 | 3,604 |
PAHANG | 34 | 3,378 |
TERENGGANU | 29 | 2,588 |
WP LABUAN | 0 | 2,194 |
WP PUTRAJAYA | 9 | 955 |
PERLIS | 2 | 184 |
JUMLAH KESELURUHAN | 3,731 (8) | 242,452 |
*( ) adalah merujuk kepada kes-kes import
LAMPIRAN 2
Perincian 3,731 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 7 Februari 2021 adalah seperti berikut:
- Selangor: 1,606 kes
- 420 kes daripada kluster-kluster; termasuk 103 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Lembah Selatan, Kluster Jalan Bagan, dan Kluster Ampang Campuran;
- 605 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 581 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Johor: 499 kes
- 139 kes daripada kluster-kluster, termasuk 30 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Gangsa Dua;
- 87 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
- Dua (2) kes import dari luar negara; dan
- 271 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 372 kes
- 48 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- 168 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
- Enam (6) kes import dari luar negara; dan
- 150 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Melaka: 313 kes
- 264 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- 26 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 23 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Pulau Pinang: 250 kes
- 197 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- Tujuh (7) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 46 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Sarawak: 219 kes
- 112 kes daripada kluster-kluster, termasuk 34 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Seruas;
- 48 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 59 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Sabah: 160 kes
- 16 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- 97 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 47 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Negeri Sembilan: 92 kes
- 73 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- 18 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Perak: 71 kes
- 34 kes daripada kluster-kluster, termasuk lima (5) kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Taman Segar dan Kluster Lorong Mawar;
- 18 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 19 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Kedah: 43 kes
- 15 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- Sembilan (9) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 19 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Pahang: 34 kes
- 30 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Kelantan: 32 kes
- Satu (1) kes daripada kluster sedia ada;
- 23 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- Lapan (8) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Terengganu: 29 kes
- Sembilan (9) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- 16 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Wilayah Persekutuan Putrajaya: Sembilan (9) kes
- Enam (6) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Perlis: Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
LAMPIRAN 3
Ringkasan 15 kes kematian pada 7 Februari 2021 adalah seperti berikut:
No. Kematian | No. Kes | Negeri | Jantina (Warganegara) | Umur (tahun) | Hospital / Tempat Kematian | Latar Belakang |
858 | 168768 | Sarawak | Perempuan (WN) | 74 | Hospital Sibu | Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan strok |
859 | 177599 | Selangor | Perempuan (WN) | 18 | Jenazah dibawa ke Hospital Selayang | Penyakit asma |
860 | 188436 | Sabah | Lelaki (WN) | 67 | Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu | Penyakit buah pinggang kronik |
861 | 189764 | Pulau Pinang | Lelaki (WN) | 65 | Hospital Pulau Pinang | Penyakit kencing manis dan darah tinggi |
862 | 189881 | Kedah | Perempuan (WN) | 65 | Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar | Penyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, dan buah pinggang kronik |
863 | 207953 | WP Kuala Lumpur | Lelaki (WN) | 62 | Jenazah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur | Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik |
864 | 218896 | Sarawak | Lelaki (WN) | 93 | Hospital Sibu | Penyakit darah tinggi dan paru-paru obstruktif kronik (COAD) |
865 | 224386 | Sabah | Perempuan (WN) | 80 | Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu | Penyakit strok dan dislipidemia |
866 | 228687 | Selangor | Lelaki (WN) | 77 | Hospital Sungai Buloh | Penyakit kencing manis, darah tinggi, strok, jantung, dan buah pinggang kronik |
867 | 232300 | Selangor | Perempuan (WN) | 94 | Hospital Serdang | – |
868 | 235133 | Selangor | Lelaki (WN) | 88 | Pusat Perubatan Universiti Malaya | Penyakit buah pinggang kronik, darah tinggi, dan adrenal insufficiency |
869 | 236577 | Sabah | Perempuan (WN) | 37 | Jenazah dibawa ke Hospital Beaufort | Penyakit buah pinggang kronik |
870 | 236651 | WP Kuala Lumpur | Lelaki (WN) | 64 | Hospital Sungai Buloh | Penyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, dislipidemia, gout, dan buah pinggang kronik |
871 | 236796 | WP Kuala Lumpur | Perempuan (WN) | 62 | Hospital Selayang | Penyakit kencing manis, asma, jantung, dislipidemia, obesiti, dan Empty Sella Syndrome |
872 | 237569 | Johor | Lelaki (WN) | 93 | Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kulai | Penyakit darah tinggi dan jantung |
*WN merujuk kepada warganegara.
LAMPIRAN 4
Perincian tujuh (7) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:
1. KLUSTER TAPAK BINA LEMBAH SELATAN
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Sepang di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 6 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah tapak binaan di Bandar Baru Lembah Selatan, Dengkil, Sepang. Sehingga 7 Februari 2021, sejumlah 424 individu telah disaring, di mana 222 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
2. KLUSTER JALAN BAGAN
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Sabak Bernam dan Klang di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-239125) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 7 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat pengajian di Jalan Bagan Terap, Kampung Batu 38, Sabak Bernam. Sehingga 7 Februari 2021, sejumlah 215 individu telah disaring, di mana 22 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
3. KLUSTER AMPANG CAMPURAN
Kluster kumpulan berisiko tinggi ini melibatkan daerah Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan daerah Hulu Langat di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-207870) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 30 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan penghuni dan pekerja sebuah pusat jagaan di Lorong Ikan Jelawat, Kampung Ampang Campuran, Ampang. Sehingga 7 Februari 2021, sejumlah 25 individu telah disaring, di mana 14 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
4. KLUSTER JALAN GANGSA DUA
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 7 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang di Jalan Gangsa, Kawasan Miel, Pasir Gudang. Sehingga 7 Februari 2021, sejumlah 111 individu telah disaring, di mana 30 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
5. KLUSTER SERUAS
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Beluru dan Miri di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-209382) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 30 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan satu majlis pengebumian yang berlangsung daripada 25 hingga 27 Januari 2021. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Seruas, Bakong, Beluru. Sehingga 7 Februari 2021, sejumlah 150 individu telah disaring, di mana 59 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
6. KLUSTER TAMAN SEGAR
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Muallim di Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-222128) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 2 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Taman Segar, Tanjung Malim, Muallim. Sehingga 7 Februari 2021, sejumlah 23 individu telah disaring, di mana 16 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
7. KLUSTER LORONG MAWAR
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hilir Perak di Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-171678) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 21 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan satu perhimpunan keagamaan di Teluk Intan. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Lorong Mawar, Taman Juta Intan, Teluk Intan. Sehingga 7 Februari 2021, sejumlah 65 individu telah disaring, di mana 14 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.