Translate

02 February 2021

Kenyataan Terperinci Covid-19 KKM - DG Hisham


Kenyataan Akhbar KPK 2 Februari 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

2 FEBRUARI 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 2 Februari 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 3,661 kes (173,990 kes kumulatif, 78.2%);
  • Kes baharu : 3,455 kes (222,628 kes kumulatif);
  • Kes import : 5 kes (3 warganegara, 2 bukan warganegara)
  • Kes tempatan : 3,450 kes [2,068 warganegara (59.9%); 1,382 bukan warganegara (40.1%)];
  • Kes aktif : 47,847 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 327 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 145 kesdan
  • Kes kematian : 21 kes (791 kes kumulatif , 0.36%)

Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,145 kes (33.1 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 863 kes (75.4 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Johor sebanyak 708 kes (20.5 peratus) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 619 kes (17.9 peratus).

Sebanyak 77 kes (2.2 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di lokap, depot tahanan imigresen, dan penjara yang membabitkan Kluster Tembok Taiping (21 kes), Kluster Tembok Renggam (17 kes), Kluster Tembok Sungai Udang (15 kes), Kluster Tembok Bukit Besi (10 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (9 kes), Kluster Penjara Seberang Perai (3 kes), dan Kluster Tembok Mempaga (2 kes).

Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan 12 kes di Selangor, empat (4) kes di Sabah, masing-masing dua (2) kes di Johor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan satu (1) kes di Kedah. Sebanyak 20 kes kematian pada hari ini melibatkan warganegara dan satu (1) kes bukan warganegara. KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2, manakala ringkasan kes kematian mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 3 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER

Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 2 Februari 2021;

  • Jumlah kluster : 838 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 7 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 434 kluster (termasuk empat (4) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Bukit Angkat, Kluster Tapak Bina Bukit Semenyih, Kluster Tapak Bina Kiara, dan Kluster Brumas);
  • Jumlah kluster aktif : 404 kluster;
  • Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 70 kluster; dan
  • Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Tapak Bina Jalan Cheras (332 kes), Kluster Jalan Ragum (210 kes), dan Kluster Jalan Seroja (204 kes).

KLUSTER BAHARU

KKM juga ingin memaklumkan terdapat tujuh (7) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini, yang melibatkan enam (6) kluster berkaitan tempat kerja dan satu (1) kluster komuniti.

Perincian kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

NoNama KlusterNegeriKategori Kluster
1Jalan RagumSelangorTempat Kerja
2Bukit RahmanSelangorTempat Kerja
3Parit Jamil DaratJohorTempat Kerja
4Tapak Bina Jalan CherasWP Kuala LumpurTempat Kerja
5Taman MuhibbahPahangTempat Kerja
6Industri SerkamMelakaTempat Kerja
7Semarak BersiaPerakKomuniti

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

2 Februari 2021 @ 6.00 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 2 FEBRUARI 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR1,145 (1)70,441
SABAH27649,420
WP KUALA LUMPUR619 (3)26,922
JOHOR708 (1)23,334
NEGERI SEMBILAN7911,820
PULAU PINANG858,052
PERAK846,384
KEDAH595,892
SARAWAK1214,676
MELAKA623,722
KELANTAN  313,339
PAHANG633,101
TERENGGANU1152,295
WP LABUAN12,155
WP PUTRAJAYA6898
PERLIS1177
JUMLAH KESELURUHAN3,455 (5)222,628

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Perincian 3,455 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 2 Februari 2021 adalah seperti berikut: 

  • Selangor: 1,145 kes 
    • 298 kes daripada kluster-kluster; termasuk 252 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Ragum dan Kluster Bukit Rahman;
    • 565 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 281 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: 708 kes  
    • 304 kes daripada kluster-kluster, termasuk 24 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Parit Jamil Darat;
    • 264 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 139 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 619 kes  
    • 406 kes daripada kluster-kluster, termasuk 332 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Jalan Cheras;
    • 108 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Tiga (3) kes import dari luar negara; dan
    • 102 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sabah: 276 kes 
    • 50 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 172 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 54 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak: 121 kes
    • 36 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 44 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 41 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Terengganu: 115 kes
    • 14 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 20 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;  dan
    • 81 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 85 kes 
    • 14 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 13 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 58 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 84 kes
    • 34 kes daripada kluster-kluster, termasuk empat (4) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Semarak Bersia;
    • 26 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 24 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: 79 kes
    • Dua (2) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 28 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 49 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pahang: 63 kes
    • 26 kes daripada kluster-kluster, termasuk satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Taman Muhibbah;
    • 26 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 11 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka: 62 kes
    • 44 kes daripada kluster-kluster; termasuk empat (4) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Industri Serkam;
    • 11 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tujuh (7) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: 59 kes
    • 23 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 20 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 16 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kelantan: 31 kes
    • 22 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Sembilan (9) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: Enam (6) kes
    • Satu (1) kes daripada kluster sedia ada;
    • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: Satu (1) kes daripada kluster sedia ada.
  • Perlis: Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan

LAMPIRAN 3

Ringkasan 21 kes kematian pada 2 Februari 2021 adalah seperti berikut:

No. KematianNo. KesNegeriJantinaUmur (tahun)Hospital / Tempat KematianLatar Belakang
771128504SabahPerempuan (WN)67Hospital Queen Elizabeth, Kota KinabaluPenyakit kencing manis dan darah tinggi
772136362SabahLelaki (WN)78Hospital Duchess of Kent, SandakanPenyakit kencing manis dan darah tinggi
773147218KedahLelaki (WN)64Hospital Sultanah Bahiyah, Alor SetarPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
774169902SelangorLelaki (WN)55Hospital SerdangPenyakit kencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik, dislipidemia, jantung, dan obesiti
775170203SabahPerempuan (WN)83Hospital Duchess of Kent, SandakanPenyakit kencing manis dan darah tinggi
776170772WP Kuala LumpurLelaki (WN)65Hospital Sungai BulohPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
777173835WP Kuala LumpurLelaki (WN)79Hospital Sungai BulohPenyakit darah tinggi, buah pinggang kronik, dan dislipidemia
778181502SabahLelaki (WN)61Hospital Queen Elizabeth, Kota KinabaluPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
779187116SelangorLelaki (WN)48Hospital KajangPenyakit Strok
780201326SelangorLelaki (WN)73Hospital Sungai BulohPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
781207105SelangorPerempuan (WN)36Hospital SelayangPenyakit darah tinggi, kencing manis, buah pinggang kronik, dan jantung
782211993SelangorLelaki (WN)81Hospital Sungai BulohPenyakit darah tinggi
783212107SelangorPerempuan (WN)49Hospital SelayangPenyakit darah tinggi, buah pinggang kronik, dan strok
784215229SelangorLelaki (WN)57Hospital SerdangPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
785216308SelangorPerempuan (WN)82Hospital AmpangPenyakit kencing manis dan darah tinggi
786218241JohorLelaki (WN)81Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, KluangPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan strok
787218249JohorPerempuan (WN)64Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, KluangPenyakit kencing manis, darah tinggi dan kanser hati
788220316SelangorPerempuan (WN)61Hospital SerdangPenyakit kencing manis
789220317SelangorLelaki (WN)50Hospital KajangPenyakit darah tinggi dan buah pinggang kronik
790220318SelangorLelaki (WN)53Hospital Serdang
791216310SelangorPerempuan (BWN)68Hospital AmpangPenyakit darah tinggi

*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara.

LAMPIRAN 4

Perincian tujuh (7) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

1. KLUSTER JALAN RAGUM

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Klang dan Petaling di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 16 Januari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang di Jalan Ragum, Shah Alam, Petaling. Sehingga 2 Februari 2021, sejumlah 542 individu telah disaring, di mana 219 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

2. KLUSTER BUKIT RAHMAN

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuala Selangor, Petaling, dan Gombak di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 31 Januari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang di Taman Perindustrian, Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh, Gombak. Sehingga 2 Februari 2021, sejumlah 2,800 individu telah disaring, di mana 48 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

3. KLUSTER PARIT JAMIL DARAT

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Muar di Johor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 1 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang. Nama kluster merujuk kepada lokaliti asrama pekerja yang terletak di Jalan Parit Jamil Darat, Parit Jawa, Muar. Sehingga 2 Februari 2021, sejumlah 189 individu telah disaring, di mana 26 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

4. KLUSTER TAPAK BINA JALAN CHERAS

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 2 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah tapak binaan di Jalan Cheras. Sehingga 2 Februari 2021, sejumlah 823 individu telah disaring, di mana 332 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

5. KLUSTER SEMARAK BERSIA

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Hulu Perak di Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-171690) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 21 Januari 2021 hasil saringan kontak rapat. Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Taman Semarak dan Bersia, Gerik, Hulu Perak. Sehingga 2 Februari 2021, sejumlah 58 individu telah disaring, di mana 19 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

6. KLUSTER TAMAN MUHIBBAH

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Temerloh dan Kuantan di Pahang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-194020) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 27 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat pentadbiran awam di Kuantan. Nama kluster merujuk kepada lokaliti tempat tinggal kes indeks iaitu di Taman Muhibbah, Temerloh. Sehingga 2 Februari 2021, sejumlah 47 individu telah disaring, di mana 14 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

7. KLUSTER INDUSTRI SERKAM

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Jasin dan Melaka Tengah di Melaka. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 25 Januari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang di Serkam, Merlimau. Sehingga 2 Februari 2021, sejumlah 1,700 individu telah disaring, di mana 69 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED