Kenyataan Akhbar KPK 17 Februari 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia
SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT
CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA
17 FEBRUARI 2021
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 17 Februari 2021 (jam 12:00 tengah hari);
- Kes sembuh : 5,709 kes (229,762 kes kumulatif, 84.4%);
- Kes baharu : 2,998 kes (272,163 kes kumulatif);
- Kes import : 7 kes (3 warganegara; 4 bukan warganegara)
- Kes tempatan : 2,991 kes [1,578 warganegara (52.8%); 1,413 bukan warganegara (47.2%)];
- Kes aktif : 41,396 kes;
- Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 231 kes;
- Kes memerlukan bantuan pernafasan : 115 kes; dan
- Kes kematian : 22 kes (1,005 kes kumulatif, 0.37%).
Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,382 kes (46.1 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 1,092 kes (79.0 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Johor sebanyak 436 kes (14.5 peratus) dan Negeri Sembilan sebanyak 233 kes (7.8 peratus).
Sebanyak 103 kes (3.4 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan lokap yang membabitkan Kluster Tembok Pengkalan Chepa (48 kes), Kluster Tembok Bendera (22 kes), Kluster Tembok Tapah (12 kes), Kluster Penjara Seberang Perai (7 kes), Kluster Penjara Sungai Jelok (7 kes), Kluster Tembok Sungai Udang (4 kes), Kluster Penjara Kepayan (1 kes), Kluster Tembok Mempaga (1 kes), dan Kluster Matambai (1 kes).
Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan lapan (8) kes di Selangor, empat (4) kes di Sabah, tiga (3) kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, masing-masing dua (2) kes di Sarawak dan Perak, serta satu (1) kes di Negeri Sembilan, Kedah, dan Johor. Kesemua kes kematian melibatkan warganegara. KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.
Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2, manakala ringkasan kes kematian mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 3 yang disertakan bersama kenyataan media ini.
MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER
Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 17 Februari 2021:
- Jumlah kluster : 1,028 kluster;
- Jumlah kluster baharu :13 kluster;
- Jumlah kluster yang telah tamat : 529 kluster (termasuk 13 kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Damai Ketari, Kluster Senai Cyber, Kluster Taman Sayong Pinang, Kluster Belukar, Kluster Sungai Burong, Kluster Tampoi Lima, Kluster Jalan Taruka, Kluster Jalan Rami, Kluster Udarama, Kluster Tapak Bina Jalan Zuhrah, Kluster Puncak Galaksi, Kluster Dang Mutiara, dan Kluster Kampung Geting;
- Jumlah kluster aktif : 499 kluster;
- Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 75 kluster; dan
- Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Tanjung Suria (380 kes), Kluster Kebun Baru (186 kes), dan Kluster Industri TTJ (141 kes).
KLUSTER BAHARU
KKM juga ingin memaklumkan terdapat 13 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini, yang melibatkan 10 kluster berkaitan tempat kerja, dua (2) kluster melibatkan kumpulan berisiko tinggi, dan satu (1) kluster komuniti.
Perincian kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.
No. | Nama Kluster | Negeri | Kategori Kluster |
1 | Tapak Bina Jalan Emas | Selangor | Tempat Kerja |
2 | Tapak Bina Seksyen Satu | Selangor | Tempat Kerja |
3 | Jalan Rawang | Selangor | Tempat Kerja |
4 | Jalan Subang | Selangor | Tempat Kerja |
5 | Jalan Perindustrian Murni | Johor | Tempat Kerja |
6 | Senai Murni Empat | Johor | Tempat Kerja |
7 | Jalan Persiaran Cyber | Johor | Tempat Kerja |
8 | Pulau Rusa | Terengganu | Tempat Kerja |
9 | Industri Tekstil Nilai | Negeri Sembilan | Tempat Kerja |
10 | Tapak Bina Jalan Sultan | WP Kuala Lumpur | Tempat Kerja |
11 | Jalan DC | Selangor | Kumpulan Berisiko Tinggi |
12 | Jalan Paya Manis | Johor | Kumpulan Berisiko Tinggi |
13 | Jan Yong | Sarawak | Komuniti |
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
- Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
- Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)
Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
17 Februari 2021 @ 6.00 petang.
LAMPIRAN 1
BILANGAN KES COVID-19
MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA
(SEHINGGA 17 FEBRUARI 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)
NEGERI | BILANGAN KES BAHARU *( ) | BILANGAN KES KUMULATIF |
SELANGOR | 1,382 | 90,535 |
SABAH | 94 | 51,655 |
WP KUALA LUMPUR | 226 (6) | 32,548 |
JOHOR | 436 | 31,993 |
NEGERI SEMBILAN | 233 | 13,501 |
PULAU PINANG | 92 | 10,070 |
PERAK | 99 | 7,644 |
SARAWAK | 200 | 7,225 |
KEDAH | 36 | 7,135 |
MELAKA | 20 | 5,690 |
KELANTAN | 72 (1) | 4,119 |
PAHANG | 14 | 3,574 |
TERENGGANU | 91 | 3,041 |
WP LABUAN | 1 | 2,227 |
WP PUTRAJAYA | 2 | 1,012 |
PERLIS | 0 | 194 |
JUMLAH KESELURUHAN | 2,998 (7) | 272,163 |
*( ) adalah merujuk kepada kes-kes import
LAMPIRAN 2
Kes positif 2,998 kes COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 17 Februari 2021 adalah seperti berikut:
- Selangor: 1,382 kes
- 709 kes daripada kluster-kluster; termasuk 82 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Jalan Emas, Kluster Tapak Bina Seksyen Satu, Kluster Jalan DC, dan Kluster Jalan Subang;
- 383 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 290 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Johor: 436 kes
- 235 kes daripada kluster-kluster, termasuk 175 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Perindustrian Murni, Kluster Jalan Payamanis, Kluster Senai Murni Empat, dan Kluster Jalan Persiaran Cyber;
- 84 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 117 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Negeri Sembilan: 233 kes
- 190 kes daripada kluster-kluster, termasuk 49 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Industri Tekstil Nilai;
- 18 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 25 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 226 kes
- 136 kes daripada kluster-kluster, termasuk 117 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Jalan Sultan;
- 16 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
- Enam (6) kes import dari luar negara; dan
- 68 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Sarawak: 200 kes
- 79 kes daripada kluster-kluster, termasuk 14 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jan Yong;
- Tujuh (7) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 114 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Perak: 99 kes
- 67 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- 12 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 20 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Sabah: 94 kes
- 19 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- 54 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 21 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Pulau Pinang: 92 kes
- 29 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- 29 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 34 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Terengganu: 91 kes
- Tujuh (7) kes daripada kluster-kluster, termasuk satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Pulau Rusa;
- Lapan (8) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 76 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Kelantan: 72 kes
- 48 kes daripada kluster sedia ada;
- 13 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
- Satu (1) kes import dari luar negara; dan
- 10 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Kedah: 36 kes
- 19 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- Empat (4) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 13 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Melaka: 20 kes
- 11 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- Enam (6) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Pahang: 14 kes
- Dua (2) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- Enam (6) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- Enam (6) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Wilayah Persekutuan Putrajaya: Dua (2) kes
- Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Wilayah Persekutuan Labuan: Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
LAMPIRAN 3
Ringkasan 22 kes kematian pada 17 Februari 2021 adalah seperti berikut:
No. Kematian | No. Kes | Negeri | Jantina (warganegara) | Umur (tahun) | Hospital / Tempat Kematian | Latar Belakang |
984 | 143908 | Perak | Perempuan (WN) | 41 | Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh | Penyakit kencing manis, rheumatoid arthritis, dan osteoarthritis |
985 | 162643 | Selangor | Lelaki (WN) | 60 | Hospital Sungai Buloh | Penyakit kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, obesiti, dan buah pinggang kronik |
986 | 177644 | Sabah | Lelaki (WN) | 73 | Hospital Duchess of Kent, Sandakan | Penyakit darah tinggi, buah pinggang kronik, dislipidemia, dan gout |
987 | 181263 | Selangor | Lelaki (WN) | 69 | Hospital Sungai Buloh | – |
988 | 186318 | Perak | Perempuan (WN) | 88 | Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh | Penyakit dislipidemia |
989 | 195904 | Sabah | Lelaki (WN) | 48 | Hospital Duchess of Kent, Sandakan | – |
990 | 220298 | Selangor | Lelaki (WN) | 72 | Hospital Selayang | Penyakit darah tinggi |
991 | 228705 | Selangor | Perempuan (WN) | 65 | Hospital Sungai Buloh | Penyakit darah tinggi dan jantung |
992 | 236416 | Sabah | Perempuan (WN) | 84 | Hospital Duchess of Kent, Sandakan | Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia |
993 | 243043 | Selangor | Perempuan (WN) | 83 | Hospital Sungai Buloh | – |
994 | 250333 | WP Kuala Lumpur | Lelaki (WN) | 63 | Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Cheras | Penyakit darah tinggi dan strok |
995 | 257989 | Kedah | Perempuan (WN) | 77 | Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani | Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik |
996 | 261989 | Selangor | Perempuan (WN) | 71 | Hospital Sungai Buloh | Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan jantung |
997 | 263001 | Sabah | Lelaki (WN) | 82 | Hospital Tawau | Penyakit kencing manis, buah pinggang kronik, dan jantung |
998 | 266180 | Sarawak | Lelaki (WN) | 73 | Jenazah dibawa ke Hospital Sibu | Penyakit darah tinggi |
999 | 267146 | Selangor | Lelaki (WN) | 55 | Hospital Kuala Lumpur | Penyakit kencing manis, darah tinggi, tuberkulosis, jantung, dan buah pinggang kronik |
1000 | 267710 | Selangor | Lelaki (WN) | 100 | Hospital Sungai Buloh | Penyakit darah tinggi dan asma |
1001 | 268133 | WP Kuala Lumpur | Lelaki (WN) | 81 | Hospital Sungai Buloh | Penyakit jantung dan strok |
1002 | 268164 | WP Kuala Lumpur | Perempuan (WN) | 49 | Hospital Kuala Lumpur | Penyakit kencing manis |
1003 | 268562 | Johor | Lelaki (WN) | 66 | Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru | Penyakit darah tinggi, buah pinggang kronik, dan deep vein thrombosis |
1004 | 268700 | Negeri Sembilan | Lelaki (WN) | 49 | Hospital Serdang | Penyakit darah tinggi |
1005 | 268952 | Sarawak | Lelaki (WN) | 75 | Hospital Bintulu | Penyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, dan buah pinggang kronik |
*WN merujuk kepada warganegara.
LAMPIRAN 4
Perincian 13 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:
- KLUSTER TAPAK BINA JALAN EMAS
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 17 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah tapak binaan yang terletak berhampiran Jalan Emas, Petaling Jaya. Sehingga 17 Februari 2021, sejumlah 359 individu telah disaring, di mana 49 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
- KLUSTER JALAN RAWANG
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Gombak di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 16 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Rawang-Bestari Jaya, Gombak. Sehingga 17 Februari 2021, sejumlah 442 individu telah disaring, di mana 42 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
- KLUSTER JALAN DC
Kluster kumpulan berisiko tinggi ini melibatkan daerah Kuala Selangor di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-265027) dilaporkan positif COVID-19 pada 15 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat jagaan yang terletak di Jalan DC 1/3, Desa Coalfields, Sungai Buloh. Sehingga 17 Februari 2021, sejumlah 37 individu telah disaring, di mana 13 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
- KLUSTER JALAN SUBANG
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 16 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Subang 7, Taman Perindustrian Subang, Subang Jaya. Sehingga 17 Februari 2021, sejumlah 151 individu telah disaring, di mana 28 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
- KLUSTER TAPAK BINA SEKSYEN SATU
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 15 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah tapak binaan yang terletak di Seksyen 1, Hulu Langat. Sehingga 17 Februari 2021, sejumlah 342 individu telah disaring, di mana 18 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
- KLUSTER JALAN PERSIARAN CYBER
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kota Tinggi, Johor Bahru, dan Kulai di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 8 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja dua bulah kilang yang terletak di Jalan Cyber, Kawasan Perindustrian Senai 3, Kulai. Sehingga 17 Februari 2021, sejumlah 852 individu telah disaring, di mana 121 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
- KLUSTER JALAN PAYAMANIS
Kluster kumpulan berisiko tinggi ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-270973) dilaporkan positif COVID-19 pada 17 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat jagaan yang terletak di Jalan Payamanis, Johor Bahru. Sehingga 17 Februari 2021, sejumlah 254 individu telah disaring, di mana 39 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
- KLUSTER SENAI MURNI EMPAT
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kulai di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 17 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Murni 4, Taman Perindustrian Murni, Senai. Sehingga 17 Februari 2021, sejumlah 97 individu telah disaring, di mana 18 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
- KLUSTER JALAN PERINDUSTRIAN MURNI
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kulai, Johor Bahru, dan Kota Tinggi di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 11 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Perindustrian, Taman Perindustrian Murni, Senai. Sehingga 17 Februari 2021, sejumlah 457 individu telah disaring, di mana 18 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
- KLUSTER INDUSTRI TEKSTIL NILAI
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seremban dan Port Dickson di Negeri Sembilan. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 15 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Kawasan Perindustrian Nilai. Sehingga 17 Februari 2021, sejumlah 413 individu telah disaring, di mana 64 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
- KLUSTER TAPAK BINA JALAN SULTAN
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 12 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah tapak binaan yang terletak di Jalan Sultan Ismail, Bandar Wawasan, Lembah Pantai. Sehingga 17 Februari 2021, sejumlah 285 individu telah disaring, di mana 120 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
- KLUSTER JAN YONG
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kapit di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-271763) dilaporkan positif COVID-19 pada 17 Februari 2021 hasil saringan kontak rapat. Kluster ini melibatkan sebuah komuniti yang tinggal di Sungai Yong, Kapit. Sehingga 17 Februari 2021, sejumlah 46 individu telah disaring, di mana 15 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
- KLUSTER PULAU RUSA
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Marang, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, dan Dungun di Terengganu. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-242439) dilaporkan positif COVID-19 pada 7 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Kampung Pulau Rusa, Marang. Sehingga 17 Februari 2021, sejumlah 139 individu telah disaring, di mana 18 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.