Jumpa botol berbau petrol, kesan simbahan di hadapan kereta terbakar
Harian Metro
17/2/2021
Polis membuka kertas siasatan berkaitan kes khianat susulan kebakaran tujuh kenderaan di Blok D Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pantai Ria, Jalan Pantai, di Kuala Lumpur, hari ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintendan Basri Sagoni berkata, polis menerima maklumat berhubung kes khianat dengan api itu pada 12.45 tengah hari selepas wanita memaklumkan berlaku kebakaran di tempat letak kereta.
Menurutnya, pihak polis pergi ke lokasi kejadian dan hasil pemeriksaan mendapati tujuh kenderaan terbakar.
Katanya lagi, pihak forensik Bomba yang turut hadir ke lokasi kejadian menemui satu botol berbau petrol dan kesan simbahan petrol di hadapan sebuah kereta Perodua Myvi berwarna hitam dan sebuah van berwarna merah disyaki menjadi punca kebakaran.
Sebanyak lima spesimen di tempat kebakaran diambil dan akan dibawa ke makmal untuk analisis punca sebenar kebakaran.

Source: Harian Metro YouTube