Translate

07 February 2021

Guru Didakwa Lakukan Jenayah Seksual Terhadap Remaja Lelaki - Video





Guru didakwa lakukan jenayah seksual terhadap remaja lelaki


Harian Metro
7/2/2021

Guru didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, pada Ahad, terhadap lima pertuduhan melakukan jenayah seksual terhadap remaja lelaki, bulan lalu.

Tertuduh, Mohamad Khairi Hassan, 53, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh berkomunikasi melalui WhatsApp dengan remaja lelaki berusia 17 tahun dengan menawarkan hadiah motosikal kepada mangsa, dengan niat melakukan kesalahan mengikut Seksyen 15 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 12 akta sama.

Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, tertuduh melakukan jenayah seksual terhadap mangsa yang sama di sebuah bilik hotel pada 29 Januari lalu.

Untuk kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 14 akta yang sama dan Seksyen 14(d) akta yang sama.

Source: Harian Metro YouTube

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED