Dr Noor Hisham nafi letak jawatan KP Kesihatan
Astro Awani
3/2/2021
KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah hari ini menafikan mesej tular yang kononnya beliau telah meletakkan jawatan.
Menerusi satu hantaran ringkas di akaun media sosialnya, Dr Noor Hisham berkata penularan berita palsu itu turut mengelirukan rakyat.
"Ini satu lagi berita palsu dan mengelirukan orang ramai," katanya.
Antara kandungan mesej tular itu turut mengaitkan peletakan jawatan Dr Noor Hisham adalah disebabkan peningkatan kes COVID-19 yang ketara.
Source: Astro AwaniFOR MORE NEWS GO TO:
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/dr-noor-hisham-nafi-letak-jawatan-kp-kesihatan-281106
Kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab ini berkenaan dakwaan Ketua Pengarah Kesihatan telah meletakkan jawatan adalah palsu.
— KKMalaysia🇲🇾 (@KKMPutrajaya) February 3, 2021
Jangan kongsi atau sebar jika anda tidak pasti. pic.twitter.com/5uHd9Abtyi