Bapa dituduh lakukan amang seksual terhadap anak kandung
Harian Metro
9/2/2021
Bapa mengaku tidak bersalah ketika didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini terhadap pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak perempuannya berusia tujuh tahun pada November hingga Januari lalu.
Tertuduh berusia 44 tahun yang bekerja sendiri membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Norhayati Mohamad Yunus.
Lelaki yang kini berstatus duda itu didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan dibaca bersama Seksyen 16 akta yang sama.
Source: Harian Metro YouTube