Astro Awani
5/2/2021
KUALA LUMPUR: Seramai 747 individu ditahan atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, 723 dikompaun manakala 24 individu lagi direman.
"Antara kesalahan direkodkan adalah tidak memakai pelitup muka (159), rentas daerah/negeri tanpa kebenaran (113), tiada penjarakan fizikal (140), gagal menyediakan peralatan/merekod diri/pelanggan
(156), premis beroperasi lebih masa/tanpa kebenaran (50), keluar rumah tanpa alasan munasabah (41) dan lain-lain (88)," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Dalam pada itu, Operasi Benteng (Op Benteng) semalam menangkap tiga orang pendatang asing tanpa izin (PATI) dan merampas sebuah bot/kapal serta lima buah kenderaan darat.
Dalam operasi itu, pihak berkuasa turut mengesan 142 bot/kapal di perairan negara serta dua kenderaan darat melalui tujuh aktiviti penglihatan.
Sementara itu, semalam juga, 8,024 pekerja warga asing telah menjalani ujian saringan dan daripada jumlah itu, 230 orang disahkan positif COVID-19.
Secara kumulatifnya, sejak 1 Disember 2020, seramai 296,903 pekerja warga asing telah menjalani ujian saringan COVID-19 yang melibatkan 12,681 majikan.
Daripada jumlah itu, seramai 5,729 orang telah disahkan positif COVID19 manakala 291,174 lagi adalah negatif.
Sehingga kini juga, sebanyak 1,264 buah klinik telah terlibat dengan program saringan ini.
Bermula 1 Februari 2021, kerajaan mewajibkan semua majikan di seluruh negara memastikan pekerja mereka menjalani ujian saringan COVID-19 dan kos ujian saringan ditanggung oleh majikan masing-masing.
Source: Astro Awani
FOR MORE NEWS GO TO:
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/747-individu-ingkar-sop-pkp-ditahan-281501
FOR MORE NEWS GO TO:
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/747-individu-ingkar-sop-pkp-ditahan-281501