Translate

28 February 2021

509 Individu Ditahan Atas Kesalahan Ingkar SOP PKP

Ingkar SOP PKP: 509 lagi individu ditahan

Astro Awani
28/2/2021

KUALA LUMPUR: Individu yang ditahan atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) meningkat kepada 509 individu pada Sabtu berbanding 326 individu pada hari sebelumnya.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, 472 individu dikompaun, manakala 37 lagi direman.

Mengikut kategori kesalahan, aktiviti pusat hiburan merekodkan kes tertinggi iaitu 114 diikuti kesalahan tidak memakai pelitup muka sebanyak 94 kes.

"Manakala, gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan sebanyak 92; 91 kes tiada penjarakan fizikal, serta 58 kesalahan melibatkan rentas daerah atau negeri tanpa kebenaran.

"Premis beroperasi lebih masa atau tanpa kebenaran pula sebanyak 44 kes; aktiviti perjudian sebanyak dua kes serta ingkar arahan kuarantin dan lain-lain masing-masing satu dan tiga belas kes," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.

Dalam perkembangan sama, Ismail Sabri berkata seramai tujuh pendatang tanpa izin (PATI) ditahan dalam Operasi Benteng dengan tiga kenderaan darat serta satu bot atau kapal dirampas.

Selain itu, sebanyak 411 sekatan jalan raya (SJR) dilakukan di seluruh negara.

Source: Astro Awani

FOR MORE NEWS GO TO:

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Boardman viewed 'A huge wrong-way bet on Bitcoin has left an uniden' 43 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Atas sambutan memberangsangkan, konsert GenKRU bak' 1 hr 55 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Warga emas didakwa bunuh rakan | BEST FBKL' 3 hrs 27 mins ago
A visitor from New york viewed 'Malaysian Woman Kaur Gurcharan Singh Manpal, 44, w' 3 hrs 39 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'WARNA RASA RAMADAN BUFFET 2025 BY ROYALE CHULAN KU' 4 hrs 23 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Kes Culik Pamela Ling Kereta Penculik Guna Nombor ' 5 hrs 4 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Dua Wanita ‘Scammer’ Diburu Polis | BEST FBKL' 5 hrs 12 mins ago
A visitor from Michigan viewed 'Tarikh Kongres Nasional PKR 2024/2025 diselaraskan' 5 hrs 15 mins ago
A visitor from Michigan viewed 'Tarikh Kongres Nasional PKR 2024/2025 diselaraskan' 5 hrs 22 mins ago
A visitor from Des moines viewed 'Tarikh Kongres Nasional PKR 2024/2025 diselaraskan' 5 hrs 25 mins ago