16,000 dos vaksin COVID-19 tiba di Pulau Pinang
ASTRO AWANI
Februari 21, 2021 21:00 MYT
Pesawat Boeing 747 Cargo Cathay Pacific CX-079 yang membawa tiga kotak vaksin itu mendarat sekitar pukul 5.35 petang di Kompleks Kargo Udara Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. - Gambar Astro AWANI
BAYAN LEPAS: Sejumlah 16,000 dos vaksin COVID-19 jenis Pfizer BioNTech tiba di Kompleks Kargo Udara Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) pada petang Ahad.
Pesawat Boeing 747 Cargo Cathay Pacific CX-079 yang membawa tiga kotak vaksin itu mendarat sekitar pukul 5.35 petang.
Ketibaan vaksin berkenaan disambut Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali bersama Exco Kesihatan Negeri, Dr Norlela Ariffin dan Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Asmayani Khalib

Sejurus mendarat, kesemua vaksin berkenaan dibawa ke tempat penyimpanan sementara di Kompleks Kargo dan dijangka dihantar ke dua Pusat Simpanan Vaksin (PSV) di negeri ini pagi Isnin.
Sementara itu, Kon Yeow berkata, program suntikan vaksin ini merupakan fasa amat penting dalam usaha negara melawan pandemik tersebut.
Beliau berharap Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan itu akan berjalan lancar dan berjanji bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang akan memberi kerjasama serta sokongan terbaik kepada Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dalam usaha memastikan pandemik ini berakhir.
Katanya, vaksin yang akan diberikan secara berperingkat itu akan memberi manfaat kepada 1.3 juta penduduk di negeri itu.
“Program ini telah membawa harapan untuk pemulihan dan saya amat berharap program vaksin ini akan berjaya dalam menyelamatkan nyawa,” kata Kon Yeow.
Dijangka 85 peratus penduduk negeri itu akan menerima suntikan vaksin menerusi tiga fasa bermula hujung bulan ini diikuti fasa kedua mulai 2 Mei manakala fasa ketiga pada 3 September.
Difahamkan terdapat 19 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) telah ditetapkan di negeri ini dengan sasaran fasa pertama penerimanya ialah 30,000 petugas barisan hadapan.
Ketua Menteri P. Pinang sedia jadi individu pertama terima vaksin COVID-19 di negeri itu
ASTRO AWANI
Februari 21, 2021 20:43 MYT
Kon Yeow menyifatkan vaksin COVID-19 yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) hari ini sebagai fasa penting dalam usaha negara melawan pandemik tersebut. - Foto Astro AWANI
GEORGE TOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow akan menjadi individu pertama di negeri itu yang bakal menerima suntikan vaksin COVID-19 yang dijadualkan bermula minggu depan.
Menurut Kon Yeow, beliau bersedia menerima suntikan sebagaimana dicadangkan selain tanda sokongannya terhadap Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
"Saya memimpin negeri Pulau Pinang dalam usaha program imunisasi ini, oleh kerana saya pemimpin negeri saya rela menerima cadangan untuk disuntikan pada masa yang dipilih itu," katanya kepada pemberita di sini.
Dalam pada itu, Kon Yeow menyifatkan vaksin COVID-19 yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) hari ini sebagai fasa penting dalam usaha negara melawan pandemik tersebut.
Katanya program imunisasi itu juga telah membawa harapan ke arah pemulihan selepas rakyat terpaksa membayar harga tinggi dari aspek nyawa, sosial dan ekonomi sejak bermulanya wabak itu kira-kira setahun lalu.
Beliau berkata demikian selepas mengiringi Timbalan Menteri Kesihatan I, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali menyambut ketibaan vaksin COVID-19 itu yang dibawa menerusi pesawat Boeing 747 Cargo Cathay Pacific CX-079 dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di LTAPP, Bayan Lepas.