Translate

01 February 2021

14 Lagi Ditahan Terlibat Dalam Pergaduhan Geng Di Cheras

Berparang di kawasan perumahan  

14 ditahan terlibat dalam pergaduhan geng di Cheras

BERNAMA
01/02/2021

KUALA LUMPUR, 1 Feb -- Polis menahan 14 individu sehingga tengah hari ini yang disyaki terlibat dalam kes pergaduhan bersenjatakan parang melibatkan anggota Geng 08 Sungai Besi Indah dan Geng 36 Bukit Belimbing di Taman Juara Jaya, Batu 9 Cheras pada Ahad. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor Datuk Fadzil Ahmat berkata pihaknya bersama JSJ Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang dan JSJ IPD Serdang secara bersepadu telah menjalankan Ops Cantas bagi mengesan saki baki suspek.

"Motif kejadian adalah perebutan kawasan jualan dadah antara Geng 08 Sungai Besi Indah dari Serdang dan Geng 36 Bukit Belimbing dari Kajang. 

"Menurut beliau geng dari Serdang itu diketuai lelaki tempatan dengan panggilan Sara 08 Sungai Besi Indah dengan orang kanannya dikenali sebagai Rajie 5000, manakala geng dari Kajang diketuai seorang lelaki tempatan dengan panggilan Tan," katanya dalam kenyataan hari ini. 

Beliau berkata pihak JSJ Selangor telah mengenal pasti beberapa lagi individu yang boleh membantu siasatan berkaitan kes ini.

Sementara itu, kejadian pergaduhan itu turut tular menerusi video yang memaparkan sekumpulan lelaki bersenjatakan parang mencederakan sekumpulan lelaki yang lain.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata polis menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pergaduhan sekumpulan lelaki pada 6.37 petang dan telah menahan empat suspek.

"Sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung kes, boleh berhubung mana-mana balai berdekatan atau Pegawai Penyiasat ASP Mohd Radzee Jamudi di talian 019-6655811," katanya.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mencederakan dengan senjata serta Seksyen 148 kanun sama kerana memiliki senjata dan merusuh. 


FOR MORE NEWS GO TO:

Viral Video - Police Arrest Four Men Over Clash In Cheras
https://bestfbkl.blogspot.com/2021/02/police-arrested-four-men-over-clash-in.html

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'PGA tahan dua lelaki, rampas 40 tan beras putih se' 28 secs ago
A visitor from Oslo viewed 'KPDN serbu stor haram seleweng LPG, sita 608 tong ' 30 secs ago
A visitor from Oslo viewed 'Perdana Menteri santuni peniaga, pengunjung Bazar ' 5 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Fahmi optimis pemilihan PKR seiring hala tuju part' 7 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Dua kanak-kanak hilang, dikhuatiri lemas di Batang' 10 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Suami Cekup Isteri, Kekasih Di Hotel Bajet | BEST ' 16 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Israel bunuh lebih 400 orang di Gaza, gencatan sen' 27 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'KLIA ranks among top 10 airports globally with nea' 2 hrs 29 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Monetary Authority of Singapore (MAS) shuts 1MDB-l' 3 hrs 32 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Ayob Khan tipped to be next IGP| NST | BEST FBKL' 5 hrs 2 mins ago