Translate

19 December 2020

Video: OPS JOL, Judi Online Subang Jaya


 



Ops Judi Online Subang Jaya
19 Disember 2020


Kegiatan mereka dikesan dalam OPS JOL yang dilakukan IPD Subang Jaya kira kira jam 8 malam.
 
Ketua Polis Subang Jaya ACP Abdul Khalid Othman berkata tangkapan melibatkan 19 pemain lelaki dan seorang wanita. Manakala 10 daripada tahanan ada penjaga premis. 

Ada antara mereka didapati warga asing yang tidak memiliki dokumen perjalanan sah. Turut ditahan 2 juruteknik ditangkap dalam serbuan di Bandar Puchong Utama. Dalam serbuan itu, polis merampas sejumlah wang tunai, 4 modem, 35 laptop, 5 komputer, 3 tablet dan 2 telefon. Sindiket hanya membenarkan pelanggan tetap memasuki premis. 

Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 4 (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953. 

Sementara itu, 9 wanita warga Vietnam bersama seorang lelaki tempatan disyaki bapa ayam ditangkap dalam serbuan OPS Noda yang dilakukan IPD Subang Jaya petang semalam. 

Kesemua mereka ditahan di dua unit rumah pangsapuri dekat Persiaran Kewajipan Subang OPS Noda kira kira jam 3.30 petang. Polis percaya terdapat kegiatan pelacuran yang berlaku di dalam premis. 

Ia hasil aduan awam dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 372 B Kanun Keseksaan dan Seksyen 55 B Akta Imigresen 1959.

Source: MKL Crimedesk YouTube

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED