19 Disember 2020
Tindakan pantas anggota bomba dan penyelamat berjaya menyelamatkan seorang lelaki daripada menjadi mangsa korban kebakaran selepas kediamannya terbakar siang tadi.
Kejadian berlaku di tingkat 3 rumah kedai dekat jalan tiong nam ibu negara kira kira jam 3.30 petang tadi.
Menurut komander operasi kanan timbalan penguasa bomba (ll) mohd hafizan hassan berkata, sebanyak 3 jentera daripada balai bomba dan penyelamat sentul, hang tuah dan titiwangsa dengan kekuatan anggota dan pegawai 27 orang dikejarkan ke lokasi kejadian.
Sebaik tiba terdapat seorang mangsa terperangkap dan berjaya dikeluarkan.
Mangsa didapati melecur di badan 10 peratus.
Kebakaran melibatkan 5 buah pintu rumah di tingkat 3 berkeluasan 600 kaki persegi.
4 pintu hangus 90 peratus, manakala sebuah lagu terbakar 20 peratus.
Api dapat dikawal pada jam 4.40 petang dan dipadam sepenuhnya sejam kemudian.
Mangsa berusia 40 an itu dirawat di hospital kuala lumpur.
Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.
Source: MKL Crimedesk
