Translate

27 December 2020

Video: Mangsa Kemalangan Terjatuh Ke Dalam Sungai Perak

                   


 
 
Mangsa kemalangan terjatuh ke dalam Sungai Perak

Harian Metro
27/12/20

“Kejadian berlaku di depan mata saya. Ketika itu, perasaan bercampur-campur. Terkejut, takut dan sedih melihat mangsa melambung dan terjatuh ke dalam sungai selepas kemalangan," kata pemancing, Zunaidee Mohd Yusuf, 52.

Zunaidee antara individu yang menyelamatkan lelaki yang terjatuh ke dalam Sungai Perak selepas motosikal berkuasa tinggi ditungganginya, terbabit kemalangan dengan kereta di atas Jambatan Sultan Yusuf, di Kilometer 49 Jalan Teluk Intan-Sitiawan, di sini, pada 26 Disember.

Zunaidee berkata, ketika itu dia bersama tiga rakannya sedang memancing udang galah di atas bot sewa mereka. kira-kira 50 meter dari jambatan itu.

Katanya, tiba-tiba dia terdengar dentuman kuat dari arah jambatan dan melihat mangsa melambung, sebelum terjatuh ke dalam sungai.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hilir Perak Asisten Komisioner Kamarudin Mat Salleh, berkata lelaki itu diselamatkan sekumpulan pemancing yang berada berhampiran lokasi dan mangsa dihantar ke Hospital Teluk Intan.

Source: Harian Metro YouTube

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED