Translate

27 December 2020

Covid-19 Malaysia 27 Dec: New Cases- 1,196 Total Cases- 105,096 | Active Cases- 20,233 | New Death- 1


Kenyataan Akhbar KPK 27 Disember 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini bilangan kes sembuh COVID-19 adalah sebanyak 997 kes. Inimenjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 adalah sebanyak 84,411 kes (80.3 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).  

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Pada hari ini, 27 Disember 2020, Malaysia telah merekodkan kes harian baharu sebanyak 1,196 kes. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 105,096 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 20,233 kes.  Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat lima (5) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan COVID-19 dalam negara pula adalah sebanyak 1,191 kes.

Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 392 kes (32.8 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 237 kes (60.5 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontrak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 202 kes (16.9 peratus) dan Johor sebanyak 194 kes (16.2 peratus).

Sebanyak 52 kes (4.3 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di lokap dan penjara yang membabitkan Kluster Pagar Siput (15 kes), Kluster Tembok Gajah (14 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (13 kes), Kluster Tembok (8 kes), Kluster Hala Mutiara (1 kes) dan Kluster Penjara Sandakan (1 kes).

Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

Sehingga kini, terdapat 111 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 50 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan satu (1) kes kematian COVID-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 452 kes (0.43 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Ringkasan kes kematian hari ini adalah seperti berikut:

No. KematianNo. KesNegeriJantina (warganegara)Umur (tahun)Hospital/Tempat KematianLatar Belakang
452101762SabahLelaki (WN)71Jenazah dibawa ke Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu

*WN merujuk kepada warganegara.

KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga beliau.

MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER

Sehingga 27 Disember 2020, terdapat sebanyak 484 kluster telah dilaporkan termasuk satu (1) kluster baharu pada hari ini. Jumlah kluster yang telah tamat pula adalah sebanyak 271 kluster ini termasuk tiga (3) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Kerengge, Kluster Alila, dan Kluster Gemilang.Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 213 kluster. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 45 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini. Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Tampoi Jaya (78 kes), Kluster Tapak Bina Jalan Stadium (63 kes),  dan Kluster Beringin (30 kes).

KLUSTER JALAN SEDCO

KKM ingin memaklumkan terdapat pertambahan satu (1) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini. Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Tawau dan Kalabakan di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-92107) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 20 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala. Sehingga 27 Disember 2020, sejumlah 26 individu telah disaring, di mana 14 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

27 Disember 2020 @ 5.00 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 27 DISEMBER 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SABAH18636,074
SELANGOR392 (2)29,272
WP KUALA LUMPUR20212,494
NEGERI SEMBILAN397,496
JOHOR1944,632
PULAU PINANG373,201
PERAK303,050
KEDAH272,957
WP LABUAN121,636
SARAWAK3 (3)1,108
PAHANG91,003
MELAKA23955
KELANTAN31606
TERENGGANU5301
WP PUTRAJAYA6265
PERLIS046
JUMLAH KESELURUHAN1,196 (5)105,096

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Perincian 1,196 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 27 Disember 2020 adalah seperti berikut: 

  • Selangor: 392 kes 
    • 42 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 195 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Dua (2) kes import dari luar negara; dan
    • 153 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 202 kes  
    • 101 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 54 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 47 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: 194 kes
    • 123 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 48 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 23 kes daripada lain-lain saringan COVID-19. 
  • Sabah: 186 kes 
    • 30 kes daripada kluster-kluster, termasuk sembilan (9) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan SEDCO;
    • 109 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 47 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: 39 kes
    • 17 kes daripada kluster sedia ada;
    • 16 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Enam (6) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 37 kes 
    • 27 kes daripada kluster sedia ada;
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Sembilan (9) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kelantan: 31 kes
    • 18 kes daripada kluster sedia ada;
    • Sembilan (9) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 30 kes
    • 15 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 11 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Empat (4) kes lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: 27 kes
    • Empat (4) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 17 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Enam (6) kes daripada lain-lain saringan COVID-19. 
  • Melaka: 23 kes
    • 13 kes daripada kluster sedia ada;
    • Sembilan (9) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: 12 kes
    • Tiga (3) kes daripada kluster sedia ada;
    • Tujuh (7) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pahang: Sembilan (9) kes
    • Satu (1) kes daripada kluster sedia ada;
    • Lima (5) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: Enam (6) kes
    • Satu (1) kes daripada kluster sedia ada;
    • Empat (4) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Terengganu: Lima (5) kes
    • Satu (1) kes daripada kluster sedia ada;
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak: Tiga (3) kes import dari luar negara.



















Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED