Translate

31 December 2020

Video: Hotel Jadi Pusat Pelacuran Digempur Polis


 


MKL Crimedesk
31/12/20

Biarpun negara masih dalam pandemik covid  19, sindiket pelacuran masih berani menjalankan kegiatan tidak bermoral. 

Mana tidaknya, permintaan pelanggan menerusi aplikasi we chat terus mendapat sambutan. 

Terbaru, 12 wanita warga asing di ditangkap dalam serbuan di sebuah hotel dekat Jalan Ipoh malam tadi.    

Operasi jam 9 malam dilakukan bahagian siasatan jenayah IPK Kuala Lumpur itu berhasil melalui maklumat awam dan risikan sejak 2 minggu lalu. 

Ketika diserbu, kesemua wanita berkenaan masing masing sedang menunggu pelanggan di 12 unit bilik hotel berkenaan. 

Siasatan mendapati modes operandinya adalah dengan menempah servis seks melalui aplikasi 'we chat', kemudian pilih wanita di hotel bajet.

3 penjaga sindiket itu berusia 20 hingga 30 an turut ditahan dilokasi. 

Semakan mendapati 3 wanita warga Thailand dan 9 Vietnam. 

Ada antara mereka gagal menunjukkan pasport. 

Bayaran yang dikenakan untuk servis seks sehingga 235 ringgit dan sindiket ini telah beroperasi sejak 3 bulan lalu.

Turut memantau operasi Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Saiful Annuar Yusoff dan Timbalan Bahagian Risikan dan Operasi ACP Nasri Mansor. 

Kesemua suspek di bawa ke IPK Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut. 

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 372A dan 372B Kanun Keseksaan, selain Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Source: MKL Crimedesk YouTube

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Labuan viewed '“Bodoh, Kandang Babi” Gamatkan Dewan Rakyat! Arau ' 44 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Enam Rumah Terbakar Di Bandar Tun Razak | BEST FBK' 50 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Enam Rumah Terbakar Di Bandar Tun Razak | BEST FBK' 1 hr 29 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BEST FBKL' 1 hr 31 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Sindiket pengedaran dadah antarabangsa tumpas, pol' 1 hr 39 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kemalangan 14 Kenderaan Terlibat, Lebuh Raya BKE S' 2 hrs 11 mins ago
A visitor from Hillsboro viewed 'Enam Rumah Terbakar Di Bandar Tun Razak | BEST FBK' 2 hrs 16 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 2 hrs 21 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '“Bodoh, Kandang Babi” Gamatkan Dewan Rakyat! Arau ' 2 hrs 26 mins ago
A visitor from Seremban viewed 'Betul Ke Menteri Ekonomi Sudah 'Clearkan' Ofis? - ' 2 hrs 27 mins ago