Translate

16 December 2020

Video: 9 Anggota Polis Kontinjen Kuala Lumpur Diberkas





9 anggota polis Kontinjen Kuala Lumpur diberkas

Harian Metro
16 Disember 2020



Seramai sembilan anggota polis yang bertugas di Kontinjen Kuala Lumpur diberkas atas pelbagai salah laku, menerusi beberapa siri serbuan di ibu negara, antara 25 November hingga 8 Disember lalu. 

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful Azly Kamaruddin, berkata pihaknya menangkap semua anggota berusia antara 29 hingga 58 tahun itu selepas menerima laporan mengenai kesalahan jenayah berkenaan. 

Menurutnya antara salah laku dilakukan ialah pemerasan, ugutan jenayah dan terbabit dalam sindiket dadah. 

Selain itu, seorang daripada mereka didapati tidak hadir tugas selama 24 hari berturut-turut dan dikenakan tindakan mengikut Seksyen 86 Akta Polis 1967. 

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, pada Rabu.

Source: Harian Metro YouTube

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED