Translate

16 December 2020

Pusat Panggilan Judi Dalam Talian Diserbu, Tujuh Ditahan - Polis


Polis Johor tahan tujuh individu disyaki kendali judi dalam talian

BERNAMA
16/12/2020 


JOHOR BAHRU, 16 Dis -- Polis menahan tujuh individu disyaki terbabit dalam kegiatan judi dalam talian menerusi satu serbuan yang dilakukan di sebuah pangsapuri di Senibong, di sini Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Mohd Padzli Mohd Zain berkata semua suspek warga tempatan berusia lingkungan 18 hingga 22 tahun itu ditahan selepas 'pusat panggilan ' mereka diserbu pada pukul 2.30 petang.

Katanya, dalam serbuan berkenaan, polis turut merampas 15 telefon bimbit, satu kad akses rumah, tujuh buah komputer riba, tujuh tetikus, empat modem wifi, 11 keping simkad Starhub, tiga meja dan tujuh kerusi, dipercayai digunakan untuk kegiatan pertaruhan dan promosi judi dalam talian.

"Sindiket ini dipercayai beroperasi selama 12 jam sehari bermula pukul 10 pagi hingga 10 malam dan mereka ditawarkan gaji sebanyak RM2,000 sebulan selain dibayar komisen, bergantung kepada keuntungan dari hasil perjudian," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Padzli memberitahu, semakan awal mendapati kesemua suspek tidak mempunyai rekod jenayah.

Semua mereka kini direman selama sehari untuk siasatan kes di bawah Seksyen (4)(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan sabit kesalahan boleh dihukum denda maksimum RM50,000 dan hendaklah dikenakan penjara maksimum tiga tahun.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED