Translate

26 December 2020

Video: 48 Pelanggan Dan Pekerja Dikompaun RM 1000 Di Pusat Hiburan Keluarga KTV

 




PDRM RMP TV Channel
26/12/20

BERSELINDUNG DISEBALIK PUSAT HIBURAN KELUARGA KTV, AKTIVITI HARAM DISEKITAR KUALA LUMPUR AKHIRNYA TUMPAS
BERSELINDUNG DISEBALIK PUSAT HIBURAN KELUARGA KTV, PREMIS INI TELAH MENJALAKAN AKTIVITI YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG DENGAN MENGAJIKAN PEKERJA ASING  DISEKITAR KUALA LUMPUR AKHIRNYA TUMPAS

PADA 26 DISEMBER 2020 SEKITAR JAM 1230 PAGI, SEPASUKAN POLIS DARI UNIT PENCEGAHAN MAKSIAT BAHAGIAN D7 JABATAN SIASATAN JENAYAH BUKIT AMAN DAN DIBANTU D7 IPD DANG WANGI SERTA BAHAGIAN SIASATAN JENAYAH NARKOTIK IPD DANG WANGI BERSAMA TEAM PDRM RMP TV CHANNEL TELAH MELAKUKAN 1 SERBUAN KEATAS PREMIS YANG DISYAKI TERLIBAT DENGAN KEGIATAN HARAM INI

HASIL SERBUAN DI PREMIS INI TELAH BERJAYA MENAHAN 6 ORANG PEKERJA TEMPATAN DAN 2 ORANG PEKERJA WARGA NEGARA ASING 

PREMIS INI MENJALANKAN AKTIVITI MENYALAHI UNDANG-UNDANG UNTUK MENARIK PELANGGAN DAN BERSELINDUNG DISEBALIK LESEN KEDAI MAKAN DAN PUB (TANPA HIBURAN)

KES DISIASAT DI BAWAH SEKSYEN 39 B PERATURAN IMIGRESEN IAITU MELANGGAR SYARAT PAS ATAU PERMIT TINGGAL DI MALAYSIA, SEKSYEN 55B PERATURAN IMIGRESEN IAITU  MELINDUNGI ATAU MENGGAJI PENDATANG ASING YANG TIDAK MEMILIKI SUATU PAS YANG SAH SEKSYEN 15(1)(c) AKTA IMIGRESEN IAITU TINGGAL LEBIH MASA DI MALAYSIA DAN 6(1) AKTA IMIGRESEN TIADA PAS ATAU PERMIT YANG SAH UNTUK TINGGAL DI MALAYSIA, SEK 6(1) ENAKMEN HIBURAN 1998 YANG TIDAK MEMPUNYAI LESEN HIBURAN, SEKSYEN 32 AKTA EKSAIS 1976 IAITU MENJUAL ARAK TANPA LESEN, SEKSYEN 269 KANUN KESEKSAAN, PERATUAN 3 SERTA PERATURAN 11 AKTA PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT.

TANGKAPAN DAN RAMPASAN DIBAWA BALIK KE IPD DANG WANGI UNTUK SIASATAN LANJUT.

SERAMAI 48 ORANG PELANGGAN DAN PEKERJA PREMIS BERKENAAN JUGA TURUT  DIKENAKAN TINDAKAN KOMPAUN RM 1000 SEORANG KERANA TELAH MELANGGAR SYARAT SOP PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT PKPB

LAPORKAN SETIAP KEGIATAN JENAYAH DISEKITAR ANDA, MAKLUMAT DAN KERJASAMA ANDA, AMAT KAMI HARGAI

BERSAMA KITA MEMBANTERAS JENAYAH, KLU BUKAN KITA, SIAPA LAGI

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED