Translate

26 December 2020

Covid-19 Malaysia 26 Dec: New Cases- 2,335 Total Cases- 103,900 | Active Cases- 20,035 | New Death- 2


Kenyataan Akhbar KPK 26 Disember 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini bilangan kes sembuh COVID-19 adalah sebanyak 874 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 adalah sebanyak 83,414 kes (80.3 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).  

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Pada hari ini, 26 Disember 2020, Malaysia telah merekodkan kes harian baharu tertinggi sepanjang pandemik COVID-19 melanda negara kita iaitu sebanyak 2,335 kes. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 103,900 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 20,035 kes. Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat 11 kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan COVID-19 dalam negara pula adalah sebanyak 2,324 kes.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 728 kes (31.2 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 677 kes (93.0 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontrak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Selangor sebanyak 710 kes (30.4 peratus) dan Johor sebanyak 412 kes (17.6 peratus).

Sebanyak 308 kes (13.2 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di lokap, depot tahanan imigresen, dan penjara yang membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (156 kes), Kluster Pagar Siput (128 kes), Kluster Tembok (8 kes), Kluster Penjara Sandakan (7 kes), Kluster Pagar Bentong (4 kes),  Kluster Tembok Gajah (2 kes), Kluster GK Tawau (1 kes), Kluster Penjara Kepayan (1 kes), dan Kluster Kolam Air (1 kes).

Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

Sehingga kini, terdapat 108 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 50 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan dua (2) kes kematian COVID-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 451 kes (0.43 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Ringkasan kes kematian hari ini adalah seperti berikut:

No. KematianNo. KesNegeriJantina (warganegara)Umur (tahun)Hospital/ Tempat KematianLatar Belakang
450100538SabahPerempuan (WN)44Jenazah dibawa ke Hospital Duchess of Kent, SandakanPenyakit obesiti dan dyspepsia
451101553MelakaLelaki (WN)70Hospital MelakaPenyakit kencing manis, darah tinggi,  dan Benign Prostatic Hypertrophy

*WN merujuk kepada warganegara.

KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER

Sehingga 26 Disember 2020, terdapat sebanyak 483 kluster telah dilaporkan termasuk 11 kluster baharu pada hari ini. Jumlah kluster yang telah tamat pula adalah sebanyak 268 kluster. Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 215 kluster. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 59 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini. Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Tapak Bina Jalan Seng (232 kes), Kluster Tampoi Jaya (218 kes) dan Kluster Penjara Jalan Harapan (156 kes).

KLUSTER BAHARU

KKM juga ingin memaklumkan terdapat 11 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

  • KLUSTER TAPAK BINA JALAN SENG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Titiwangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 25 Disember 2020 melalui saringan bersasar di sebuah tapak binaan. Sehingga 26 Disember 2020, sejumlah 407 individu telah disaring, di mana 232 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER PAGAR SIPUT

Kluster ini melibatkan daerah Kota Tinggi di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-100106) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 24 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala. Sehingga 26 Disember 2020, sejumlah 200 individu telah disaring, di mana 129 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER PLASTIK SUBANG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah daerah Petaling dan Klang di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 23 Disember 2020 melalui saringan bersasar di sebuah kilang. Sehingga 26 Disember 2020, sejumlah 354 individu telah disaring, di mana 111 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER HALBAN

Kluster ini melibatkan daerah Kota Bharu di Kelantan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-98731) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 23 Disember 2020 melalui saringan kontak rapat. Sehingga 26 Disember 2020, sejumlah 99 individu telah disaring, di mana 29 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER LIS PUTIH

Kluster ini melibatkan daerah Barat Daya di Pulau Pinang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-74130) merupakan kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI) dan telah dilaporkan positif COVID-19 pada 7 Disember 2020. Sehingga 26 Disember 2020, sejumlah 128 individu telah disaring, di mana 24 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER SENTOSA RESIDENSI

Kluster ini melibatkan daerah Timur Laut, Barat Daya, Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah di Pulau Pinang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-98518) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 23 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala. Sehingga 26 Disember 2020, sejumlah 81 individu telah disaring, di mana 18 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER SERAGAM CHEPA

Kluster ini melibatkan daerah Kota Bharu, Bachok dan Tumpat di negeri Kelantan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke- 97386) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 22 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala. Sehingga 26 Disember 2020, sejumlah 430 individu telah disaring, di mana 13 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER PAGAR BENTONG

Kluster ini melibatkan daerah Bentong di Pahang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-71314) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 5 Disember 2020 melalui saringan tahanan. Sehingga 26 Disember 2020, sejumlah 79 individu telah disaring, di mana 13 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN ASAM

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling dan Klang di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 19 Disember 2020 melalui saringan bersasar di sebuah kilang. Sehingga 26 Disember 2020, sejumlah 713 individu telah disaring, di mana 13 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER SUNGAI REDAN

Kluster ini melibatkan daerah Kluang dan Kota Tinggi di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-98482) merupakan kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI) dan telah dilaporkan positif COVID-19 pada 23 Disember 2020. Sehingga 26 Disember 2020, sejumlah 93 individu telah disaring, di mana 11 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER SEMAMBU

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuantan di Pahang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-89021) bekerja di sebuah pasaraya dan telah dilaporkan positif COVID-19 pada 17 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala. Sehingga 26 Disember 2020, sejumlah 47 individu telah disaring, di mana 11 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

26 Disember 2020 @ 6.00 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 26 DISEMBER 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SABAH24835,888
SELANGOR710 (1)28,880
WP KUALA LUMPUR728 (10)12,292
NEGERI SEMBILAN337,457
JOHOR4124,438
PULAU PINANG583,164
PERAK263,020
KEDAH162,930
WP LABUAN161,624
SARAWAK61,105
PAHANG19994
MELAKA5932
KELANTAN54575
TERENGGANU0296
WP PUTRAJAYA3259
PERLIS146
JUMLAH KESELURUHAN2,335 (11)103,900

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Perincian 2,335 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 26 Disember 2020 adalah seperti berikut: 

  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 728 kes  
    • 617 kes daripada kluster-kluster, termasuk 232 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Jalan Seng;
    • 60 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • 10 kes import dari luar negara; dan
    • 41 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Selangor: 710 kes 
    • 397 kes daripada kluster-kluster, termasuk 83 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Plastik Subang dan Kluster Jalan Asam;
    • 198 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 114 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: 412 kes
    • 363 kes daripada kluster-kluster termasuk 138 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Sungai Redan dan Kluster Pagar Siput;
    • 29 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 20 kes daripada lain-lain saringan COVID-19. 
  • Sabah: 248 kes 
    • 27 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 168 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 53 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 58 kes 
    • 51 kes daripada kluster-kluster, termasuk lapan (8) kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Lis Putih dan Kluster Sentosa Residensi; dan
    • Tujuh (7) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kelantan:  54 kes
    • 35 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Seragam Chepa dan Kluster Halban;
    • Tujuh (7) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 12 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: 33 kes
    • 24 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tujuh (7) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 26 kes
    • 11 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Sembilan (9) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Enam (6) kes lain-lain saringan COVID-19.
  • Pahang: 19 kes
    • 17 kes daripada kluster-kluster, termasuk tujuh (7) kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Semambu dan Kluster Pagar Bentong;
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: 16 kes
    • Dua (2) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 11 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19. 
  • Wilayah Persekutuan Labuan: 16 kes
    • Satu (1) kes daripada kluster sedia ada;
    • 11 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak: Enam (6) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka : Lima (5) kes
    • Satu (1) kes daripada kluster sedia ada;
    • Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: Tiga (3) kes
    • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perlis:  Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.


























Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED