Translate

09 December 2020

Update Covid-19 Malaysia : New Cases- 959 Total Cases- 76,265 | Active Cases- 10,748 | Total New Death- 5 Deaths- 393 Recovered- 1,068


Kenyataan Akhbar KPK 9 Disember 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini bilangan kes sembuh COVID-19 adalah sebanyak 1,068 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 adalah 65,124 kes (85.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).  

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Pada hari ini, 9 Disember 2020, negara telah merekodkan kes harian baharu sebanyak 959 kes. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 76,265 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 10,748 kes. Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat enam (6) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan COVID-19 dalam negara pula adalah 953 kes.

Negeri Selangor melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 277 kes (28.9 peratus). Ini diikuti oleh negeri Sabah sebanyak 203 kes (21.2 peratus) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 129 kes (13.5 peratus).

Sebanyak 27 kes (2.8 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara yang membabitkan Kluster Tembok (23 kes) dan Kluster Penjara Seberang Perai (4 kes).

Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

Sehingga kini, terdapat 127 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 61 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan lima (5) kes kematian COVID-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 393 kes (0.52 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Ringkasan kes kematian hari ini adalah seperti berikut:

No. KematianKes No.NegeriJantina (warganegara)Umur (tahun)HospitalLatar Belakang
38939066WP Kuala LumpurLelaki (WN)75Hospital Sungai Buloh, SelangorPenyakit gout
39062272SabahLelaki (WN)61Hospital Duchess of Kent, SandakanPenyakit darah tinggi
39163156JohorLelaki (WN)68Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, KluangPenyakit kencing manis, buah pinggang kronik, dan bronkiektasis
39265674JohorLelaki (WN)60Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, KluangPenyakit darah tinggi, dislipidemia dan strok
39365911SabahLelaki (WN)82Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu

*WN merujuk kepada warganegara .

KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER

Sehingga 9 Disember 2020, terdapat sebanyak 396 kluster telah dilaporkan termasuk empat (4) kluster baharu yang dilaporkan pada hari ini. Jumlah kluster yang telah tamat pula adalah sebanyak 211 kluster termasuk empat (4) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Gala, Kluster Harmoni, Kluster Mahkota dan Kluster Bah Kenangan. Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 185 kluster. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 38 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini. Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Jalan Genting (119 kes), Kluster Bintang (45 kes) dan Kluster Tapak Bina Muda (39 kes).

KLUSTER BAHARU

KKM juga ingin memaklumkan terdapat empat (4) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu;

  • KLUSTER KUPI-KUPI

Kluster ini melibatkan daerah Penampang di negeri Sabah. Kes-kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke 67316 dan kes ke-67318) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 2 Disember 2020 hasil saringan individu-individu bergejala. Sehingga 9 Disember 2020, sejumlah 12 individu telah disaring, di mana kesemua 12 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini. Walau bagaimanapun, pengenalpastian kontak rapat masih giat dijalankan oleh pihak berkuasa.

  • KLUSTER TAPAK BINA IKON BINTANG

Kluster ini melibatkan daerah Lembah Pantai dan Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 9 Disember 2020 hasil saringan bersasar di tempat kerja yang melibatkan sebuah tapak pembinaan. Sehingga 9 Disember 2020, sejumlah 532 individu telah disaring, di mana 12 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER BANDAR IMPIAN

Kluster ini melibatkan daerah Kluang di negeri Johor, daerah Pasir Puteh di negeri Kelantan dan daerah Kuala Kangsar di negeri Perak. Kes indeks (iaitu kes ke-67156) merupakan kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI) dan dilaporkan positif COVID-19 pada 1 Disember 2020. Sehingga 9 Disember 2020, sejumlah 58 individu telah disaring, di mana sembilan (9) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN KEMANG

Kluster ini melibatkan daerah Port Dickson di Negeri Sembilan. Kes indeks (iaitu kes ke-71123) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 5 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala. Sehingga 9 Disember 2020, sejumlah 257 individu telah disaring, di mana 19 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

PEMBUKAAN SEMULA PUSAT KUARANTIN DAN RAWATAN BERISIKO RENDAH ( PKRC ) MAEPS 2.0

Mutakhir ini, terdapat peningkatan kes positif COVID-19 yang ketara berikutan perluasan saringan ke atas para pekerja khususnya warga asing di kilang dan juga tapak binaan. Kebanyakan kes positif COVID-19 ini adalah daripada kategori 1 (iaitu individu yang tidak bergejala) dan kategori 2 (iaitu pesakit yang bergejala ringan). Mereka telah dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah serta hospital-hospital di bawah KKM.

Selain itu, jumlah kes positif dijangkakan akan kekal tinggi susulan perluasan saringan COVID-19 ke atas pekerja warga asing yang juga dijalankan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) di enam (6) buah negeri. Negeri-negeri yang terlibat adalah Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Melihat kepada situasi ini, maka Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan telah mengaktifkan semula Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) atau PKRC (MAEPS) 2.0. Ini adalah sebagai langkah kesiapsagaan bagi menghadapi isu peningkatan kes susulan perluasan saringan dalam kalangan pekerja warga asing dan juga peningkatan kes di Lembah Klang.

PKRC (MAEPS) 2.0 ini akan dibuka secara berfasa dengan kapasiti maksima sebanyak 1,000 buah katil. Fasa pertama akan dimulakan pada hari ini, 9 Disember 2020 dengan kapasiti sebanyak 650 buah katil yang kemudian akan ditambah secara berperingkat. PKRC MAEPS 2.0 akan berfungsi untuk menempatkan pesakit-pesakit bukan warganegara yang sebelum ini telah diasingkan di Institut Latihan KKM (ILKKM) Sungai Buloh iaitu seramai 250 orang. Bilangan pesakit yang akan ditempatkan di PKRC MAEPS 2.0 dijangka meningkat minggu ini di mana dijangkakan seramai 400 orang pesakit baharu COVID-19 kategori 1 akan ditempatkan di fasiliti tersebut.

Pentadbiran PKRC (MAEPS) 2.0 ini akan diletakkan di bawah kawalan Ketua Komander Wilayah Tengah iaitu Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor. Ia merupakan satu kolaborasi di antara Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan pelbagai agensi Kerajaan yang lain termasuk Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),  Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan MAEPS sendiri.

KKM mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan atas penglibatan pelbagai pihak dalam usaha pengaktifan semula PKRC (MAEPS) 2.0 ini.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

9 Disember 2020 @ 5.30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 9 DISEMBER 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SABAH20331,260
SELANGOR277 (1)17,532
W.P. KUALA LUMPUR129 (5)7,440
NEGERI SEMBILAN336,055
KEDAH162,757
PULAU PINANG292,445
JOHOR1002,193
PERAK332,168
W.P. LABUAN11,405
SARAWAK01,072
PAHANG119582
KELANTAN17460
MELAKA2401
TERENGGANU0239
W.P. PUTRAJAYA0212
PERLIS044
JUMLAH KESELURUHAN959 (6)76,265

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Perincian 959 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 9 Disember 2020 adalah seperti berikut: 

  • Selangor: 277 kes 
    • 78 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 76 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 122 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sabah: 203 kes 
    • 37 kes daripada kluster-kluster, termasuk satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Kupi-Kupi;
    • 106 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 60 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 129 kes  
    • 79 kes daripada kluster-kluster, termasuk tiga (3) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Ikon Bintang;
    • 22 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Lima (5) kes import dari luar negara; dan
    • 23 kes daripada lain-lain saringan COVID-19. 
  • Pahang: 119 kes daripada kluster sedia ada.
  • Johor: 100 kes
    • 38 kes daripada kluster-kluster, termasuk satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Bandar Impian;
    • 22 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 40 kes daripada lain-lain saringan COVID-19. 
  • Negeri Sembilan: 33 kes
    • 15 kes daripada kluster-kluster, termasuk tujuh (7) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Kemang;
    • Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 15 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 33 kes
    • 29 kes  daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 29 kes 
    • 16  kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Sembilan (9) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kelantan: 17 kes
    • 12 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: 16 kes
    • 11 kesdaripada kluster-kluster sedia ada;
    • Empat (4) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka: Dua (2) kes
    • Satu (1) kes daripada kluster sedia ada; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.


         


Status Terkini #COVID19, 9 Dis 2020 Kes sembuh=1,068 Jumlah kes sembuh=65,124 kes Kes baharu positif=959 kes (953 tempatan, 6 import) Jumlah positif=76,265 kes Kes kematian=5 Jumlah kes kematian=393 kes Kes dirawat di ICU=127 kes Bantuan Alat Pernafasan=61 kes












Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED