Translate

09 December 2020

Direstoran Jumlah Orang Berdasarkan Keluasan Meja Asalkan Jarakan 1 meter Antara Satu Sama Lain- IsmaI Sabri: Ditahan-254 Dikompaun-254



 Sidang Media Perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) 9 Dis 2020

Task Force Operasi Pematuhan 2,402 Pasukan Pematuhan terdiri daripada 11,424 anggota telah melakukan 42,769 pemeriksaan bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan SOP PKPP

Sebanyak 3,462 pasar raya, 4,956 restoran, 1,473 kilang, 1,387 pasar awam/tani, 3,011 tempat ibadah serta 1,428 tempat riadah telah diperiksa. Semalam, PDRM telah menahan 254 individu atas kesalahan ingkar arahan SOP dan kesemuanya telah dikompaun.

2.Kawalan Sempadan Negara Semalam, Op Benteng telah berjaya menahan 28 PATI serta merampas 1 bot/kapal dan 3 kenderaan darat Sebanyak 118 SJR Op Benteng dilaksanakan seperti berikut: Op Benteng/Penawar (PDRM, ATM dan RELA) - 50 Op Benteng PDRM - 59 Op Benteng AKSEM - 9

3.Operasi Sanitasi Awam KPKT telah melakukan 12,435 operasi sanitasi merangkumi 137 zon. Semalam, sebanyak 46 operasi sanitasi telah dilaksanakan di 12 buah negeri dan 3 Wilayah Persekutuan Operasi Sanitasi ini melibatkan 287 anggota serta 39 jentera JBPM dan 210 anggota PBT

4.Kuarantin Wajib Seramai 84,579 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa. Semalam, seramai 690 individu tiba di semua pintu masuk antarabangsa negara dan kesemuanya telah dikuarantin wajib di stesen kuarantin seluruh negara.

5. Tapak Binaan Semalam, anggota penguatkuasa CIDB telah membuat pemeriksaan di 25 tapak binaan. Daripada jumlah itu, 23 tapak pembinaan mematuhi SOP manakala 2 tapak pembinaan pula tidak beroperasi.

6. Penamatan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Mukim Teja, Daerah Kampar, Perak pada 10 Disember 2020 iaitu lebih awal daripada tarikh yang telah dijadualkan.

7. Pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Taman-Taman Perumahan di Mukim Sungai Seluang, Kulim, Kedah bermula 11 Disember 2020 sehingga 24 Disember 2020.

Walaubagaimanapun, Taman Sawi dikeluarkan daripada pelaksanaan PKPD disebabkan tiada kes positif direkodkan. Namun, ia masih tertakluk di bawah pelaksanaan PKPB daerah Kulim yang masih berkuatkuasa sehingga 20 Disember 2020.

8. Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di tiga lokaliti Mukim Bentong, Pahang iaitu di Amber Court Apartment, RIA Apartment dan Rumah Kongsi Kg Semaut bermula 10 Disember 2020 sehingga 23 Disember 2020.

9.Pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Taman Telipok Ria, Tuaran, Sabah mulai 11 Disember 2020 sehingga 24 Disember 2020.

10. Saringan secara bersasar dan besar-besaran (Mass Screening) di Central Spectrum (Sektor A), Pulau Indah akan dilaksanakan pada 10 Disember 2020 di Central Spectrum. Melibatkan 45 buah syarikat, 102 premis dengan seramai 1,200 penghuni yang majoritinya adalah Bukan Warganegara
Sektor A diberikan keutamaan kerana majoriti kes dicatatkan di lokaliti tersebut. Sekiranya terdapat keperluan berdasarkan hasil saringan di Sektor A, kawasan saringan akan diperluaskan ke Sektor B dan C.

11.Pembukaan Semula Pusat Kuarantin Dan Rawatan COVID-19 (PKRC) Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) dan pengaktifan PKRC MAEPS 2.0 mulai 9 Disember 2020.
Pelaksanaan program saringan pekerja asing akan dilakukan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). Skop operasi kali ini akan melibatkan pesakit COVID-19 kategori 1 (tanpa gejala) dan kategori 2 (gejala ringan) dan hanya menempatkan pesakit bukan warganegara
Memandangkan PKRC MAEPS 2.0 akan menempatkan warganegara asing dalam kapasiti yang tinggi, aspek keselamatan akan dipertingkatkan lagi oleh pihak ATM dan PDRM














Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED