Translate

06 December 2020

Timbalan Pengarah Jabatan Kerajaan Ditahan Seleweng Duit Raya

                     
Timbalan pengarah jabatan kerajaan ditahan seleweng duit raya

BERNAMA
06/12/2020 


ALOR SETAR, 6 Dis -- Seorang timbalan pengarah operasi sebuah jabatan kerajaan hari ini ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung dakwaaan menyeleweng peruntukan bantuan ‘duit raya’ bersempena Aidilfitri tahun ini berjumlah RM22,500.

Sumber SPRM berkata lelaki berusia 52 tahun itu ditahan pada 11.45 pagi tadi di pejabat SPRM di sini.

“Suspek dipercayai telah salah guna kuasa dengan menyeleweng peruntukan duit raya daripada kerajaan negeri untuk diagihkan kepada pegawai kumpulan pengurusan dan profesional sebanyak RM500 seorang.

“Namun, bantuan itu tidak diagihkan kepada penerima yang layak,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah Datuk Shaharom Nizam Abd Manap ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 23, Akta SPRM 2009.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Vermont viewed 'MANNY PACQUIAO & LUCAS MATTHYSSE COME FACE TO FACE' 12 mins ago
A visitor from Delaware viewed 'President Trump's senior advisor Kellyanne Conway ' 34 mins ago
A visitor from Wyoming viewed 'Pelakon Mira Filzah dipilih sebagai model di penta' 36 mins ago
A visitor from Iowa viewed 'Sultan Johor berkenan berangkat ke bazar Ramadan d' 41 mins ago
A visitor from Gatchina viewed 'Teenage actress Puteri Balqis has revealed that sh' 43 mins ago
A visitor from Ohio viewed 'Malaysian Woman Finds True Love, Flies to China To' 47 mins ago
A visitor from Kansas viewed 'Live Broadcast from The 13th Malaysia Parliament -' 55 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kastam gagalkan cubaan seludup pil captagon bernil' 59 mins ago
A visitor from New york viewed 'Philippines Senator Leila De Lima hides out in Sen' 1 hr 6 mins ago
A visitor from Iowa viewed 'Ibrahimovic released by Manchester United - Premie' 1 hr 14 mins ago