Translate

06 December 2020

20 Individu Ditahan Sertai Pesta Liar, Dadah Di Kondominium

20 individu ditahan sertai pesta liar dan dadah di kondominium

BERNAMA
06/12/2020 


KUALA LUMPUR, 6 Dis -- Polis menahan 20 individu dalam serbuan di dua unit kondominium ketika mereka disyaki sedang leka berpesta liar termasuk menghisap dadah di Jalan Sultan Ismail dekat sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohamad Zainal Abdullah berkata dalam serbuan pertama pada kira-kira 1 pagi di sebuah unit kondominium, polis menahan enam individu terdiri daripada lima lelaki dan seorang perempuan berusia lingkungan 21 hingga 27 tahun.

Beliau berkata pemeriksaan di dalam premis membawa kepada penemuan pelbagai jenis dadah iaitu 2.05 gram ganja, dua pil erimin 5, satu gram ketamin dan sebiji pil ecstasy serta botol plastik disyaki alat untuk menghisap ganja.

“Hasil saringan mendapati empat lelaki posititf dadah jenis metamfetamin serta ketamin dan kesemua mereka ditahan reman dua hari untuk siasatan lanjut,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Mohamad Zainal berkata dalam serbuan kedua di lokasi sama pada kira-kira 2 pagi, 14 lelaki berusia lingkugan 20 hingga 27 tahun ditahan dan pelbagai jenis dadah turut ditemukan.

Beliau berkata ujian air kencing mendapati 13 suspek positif dadah jenis metamphetamin, tetrahidrokanabinol, amfetamin serta ketamin dan kesemua mereka ditahan reman sehari untuk siasatan lanjut.

Katanya semakan mendapati kedua-dua unit kondominium disewa pada kadar RM225 dan RM500 sehari dan jemputan untuk menghadiri parti itu dibuat menerusi kenalan serta laman sosial.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Lelaki ditahan disyaki terlibat insiden pukul guna' 14 mins ago
A visitor from California viewed 'ELVIS PRESLEY 40TH ANNIVERSARY TRIBUTE CONCERT IN ' 33 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Tujuh kedai musnah dalam kebakaran berhampiran Cho' 39 mins ago
A visitor from Zagreb viewed 'Polis buka kertas siasatan kes gaduh di Jalan TAR ' 49 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Pulau Pinang tidak terkesan, Komtar di' 1 hr 4 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Myanmar dilanda gempa bumi susulan, gelombang gega' 1 hr 4 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Myanmar dilanda gempa bumi susulan, gelombang gega' 1 hr 10 mins ago
A visitor from Wyoming viewed 'A lorry driver has been sentenced to death for str' 1 hr 56 mins ago
A visitor from Ohio viewed 'IGP orders Police Cyber Crime Unit to Investigate ' 2 hrs 2 mins ago
A visitor from Indiana viewed 'Woman dies in car collision with lorry | BEST FBKL' 2 hrs 15 mins ago