Translate

02 December 2020

Polis Masih Memburu Seorang Lagi Suspek Samun Bunuh Bekas Pengarah Mardi ( 1 Video)


 


MKL Crimedesk
2 December 2020



3 lelaki termasuk suspek utama yang terlibat dalam kejadian samun rumah bekas Pengarah Bahagian Teknologi Maklumat Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi), Dr Wan Hassan Wan Embong, Ahad lalu ditangkap awal pagi tadi. 

Salah seorang suspek adalah individu yang bertindak menetak mangsa Dr Wan Hassan hingga maut. 

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata ketiga ketiga suspek diberkas dalam 3 siri serbuan yang dilakukan hasil risikan Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur dan Bukit Aman. 

Tangkapan pertama pada jam 3.30 pagi di jalan genting Klang membabitkan seorang lelaki tempatan. 

Dia dipercayai membantu suspek utama menyorok di Semenyih. 

Tangkapan kedua pada jam 4.30 pagi di Air Panas melibatkan seorang lelaki tempatan. 

Hasil soal siasat ke atas kedua dua suspek membawa polis ke lokasi persembunyian suspek utama di Jalan Rinching Semenyih. 

Serbuan dilakukan jam 5 pagi itu menemui seorang lelaki berusia 23 tahun yang menetap di Air Panas.

 Dia didapati memiliki 2 rekod jenayah dan salah guna dadah. 

Ketiga tiga suspek yang ditahan membuat pengakuan. 

Suspek utama mengaku menetak pesara MARDI sehingga maut. Justeru polis masih memburu seorang lagi suspek dikenali sebagai Sugu a/L Tanggaraju. 

Jelasnya tangkapan sebelum ini didapati terlibat dalam beberapa kes samun yang lain di ibu negara. 

Polis percaya dengan penahanan 13 suspek ini berjaya menyelesaikan kes samun bunuh di Bangsar dan Setapak. Ahad lalu , Dr Wan Hassan, 71, maut ditetak perompak di rumahnya di Bukit Bandaraya di ibu negara. 

Dalam kejadian jam 3.30 pagi itu, rumah dihuni mangsa dan isteri, Sarifah Yusof, 70, dipecah masuk dua lelaki bersenjata parang. 

Susulan itu, polis menahan 10 individu dalam beberapa siri serbuan semalam selepas mereka menyamun rumah kedua di Taman Tiara Titiwangsa. 

Suspek berjaya ditahan menerusi pengecaman wajah yang dilakukan isteri mangsa. Dompet arwah yang dijumpai di lokasi samun kedua. Kesemua suspek berusia 20 dan 29 tahun direman 7 hari hingga 6 Disember ini.

Source: MKL Crimedesk YouTube

FOR MORE NEWS GO TO:
Pesara Mardi Maut, Isteri Cedera Ditetak Dengan Parang (2 Videos)
https://bestfbkl.blogspot.com/2020/11/pesara-mardi-maut-isteri-cedera-ditetak.html

Kes Tetak Bekas Penyelidik MARDI: 10 Individu Ditahan (2 Videos)
https://bestfbkl.blogspot.com/2020/11/kes-tetak-bekas-penyelidik-mardi-10.html

Wife Of Former MARDI Researcher Recognises Suspect - KL Police Chief (2 Videos)
https://bestfbkl.blogspot.com/2020/11/wife-of-former-mardi-researcher.html

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED