Translate

23 December 2020

Pengarah Urusan Dituduh Guna Dokumen Palsu Dapat Tender Projek Kerajaan


Pengarah Urusan didakwa palsu dokumen mohon tender kerajaan

BERNAMA
23/12/2020

ALOR SETAR, 23 Dis -- Seorang pengarah urusan sebuah syarikat swasta mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mengemukakan dokumen palsu dalam permohonan tender di Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah, dua tahun lepas.

Naim Arshad, 33, dituduh menggunakan penyata bank CIMB palsu, milik syarikat Paradigm Energy Sdn Bhd bagi Mac hingga Mei 2018, dalam permohonan tender Perkhidmatan Sokongan Klinik (PSK) Kementerian Kesihatan Malaysia di negeri ini.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu di JKN Kedah di sini, pada 23 Julai 2018.

Pertuduhan mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan, yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Hakim Murtazadi Amran membenarkan Naim diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan perlu menyerahkan dokumen perjalanan kepada mahkamah sehingga perbicaraan selesai, selain perlu melaporkan diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terdekat setiap bulan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Tan Sew Ping manakala tertuduh diwakili peguam Md Yunos Syariff.

Mahkamah menetapkan 2 Feb depan untuk sebutan semula kes.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED