Translate

23 December 2020

Kenyataan Media Covid-19 KKM - DG Hisham


Kenyataan Akhbar KPK 23 Disember 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini bilangan kes sembuh COVID-19 adalah sebanyak 710 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 adalah sebanyak 80,014 kes (81.0 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).  

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Pada hari ini, 23 Disember 2020, negara kita telah merekodkan kes harian baharu sebanyak 1,348 kes. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 98,737 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 18,279 kes. Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat 16 kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan COVID-19 dalam negara pula adalah sebanyak 1,332 kes.

Negeri Selangor kekal melaporkan kes harian baharu tertinggi untuk lapan (8) hari berturut-turut iaitu sebanyak 535 kes (39.7 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 363 kes (67.9 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontrak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 226 kes (16.8 peratus) dan Sabah sebanyak 189 kes (14.0 peratus).

Sebanyak 193 kes (14.3 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di lokap, penjara dan depot tahanan imigresen yang membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (123 kes), Kluster Tembok Gajah (56 kes), Kluster Kolam Air (8 kes), Kluster Tembok (5 kes), dan Kluster Hala Mutiara (1 kes)

Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

Sehingga kini, terdapat 102 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 44 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan lima (5) kes kematian COVID-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 444 kes (0.45 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Ringkasan kes kematian hari ini adalah seperti berikut:

No. KematianNo. KesNegeriJantina (warganegara)Umur (tahun)Hospital/Tempat KematianLatar Belakang
44069732SelangorPerempuan (WN)40Hospital Sungai BulohPenyakit darah tinggi, asma dan obesiti
44175697SelangorPerempuan (WN)67Hospital Sungai BulohPenyakit kencing manis, dislipidemia dan hypotiroid
44295578SabahLelaki (WN)49Jenazah dibawa ke Hospital Queen Elizabeth, Kota KinabaluPenyakit kencing manis, darah tiggi, dislipidemia, strok dan jantung
44397017WP Kuala LumpurLelak (WN)71Hospital Sungai BulohPenyakit kencing manis, darah tinggi dan jantung
44497153Negeri SembilanLelak (WN)68Jenazah dibawa ke Hospital Tengku Ja’afar, SerembanPenyakit kencing manis dan darah tinggi

*WN merujuk kepada warganegara.

KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER

Sehingga 23 Disember 2020, terdapat sebanyak 464 kluster telah dilaporkan termasuk lima (5) kluster baharu pada hari ini. Jumlah kluster yang telah tamat pula adalah sebanyak 256 kluster termasuk tiga (3) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Kiambang, Kluster Padang, dan Kluster Liawan. Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 208 kluster. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 43 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini. Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Tapak Bina Muda (162 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (123 kes), dan Kluster Teratai (79 kes).

KLUSTER BAHARU

KKM juga ingin memaklumkan terdapat lima (5) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

  • KLUSTER  TAPAK BINA JALAN PANAH

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai, di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 7 Disember 2020 melalui saringan bersasar di sebuah tapak binaan. Sehingga 23 Disember 2020, sejumlah 1,000 individu telah disaring, di mana 21 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER MENARA WANG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai, Cheras, Titiwangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,  daerah Petaling, Klang, Sepang dan Hulu Langat di Selangor serta daerah Maran dan Kuantan di Pahang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-88751) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 17 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala. Sehingga 23 Disember 2020, sejumlah 293 individu telah disaring, di mana 23 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER SAGA TENGAH

Kluster ini melibatkan daerah Tenom dan Keningau di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-89355) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 18 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala. Sehingga 23 Disember 2020, sejumlah 298 individu telah disaring, di mana 16 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER KOLAM AIR

Kluster ini melibatkan daerah Kota Setar dan Kubang Pasu di Kedah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-81862) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 12 Disember 2020 melalui saringan Orang Kena Tahan (OKT). Sehingga 23 Disember 2020, sejumlah 84 individu telah disaring, di mana 14 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER HALA MUTIARA

Kluster ini melibatkan daerah Kinta di Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-82131) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 12 Disember 2020 melalui saringan Orang Kena Tahan (OKT). Sehingga 23 Disember 2020, sejumlah 51 individu telah disaring, di mana tujuh (7) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

23 Disember 2020 @ 6.30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 23 DISEMBER 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SABAH18935,166
SELANGOR535 (12)27,218
WP KUALA LUMPUR226 (3)11,045
NEGERI SEMBILAN317,191
JOHOR1183,706
PULAU PINANG433,044
PERAK82,913
KEDAH142,910
WP LABUAN21,574
SARAWAK4 (1)1,094
PAHANG45952
MELAKA124837
KELANTAN4508
TERENGGANU1289
WP PUTRAJAYA4245
PERLIS045
JUMLAH KESELURUHAN1,348 (16)98,737

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Perincian 1,348 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 23 Disember 2020 adalah seperti berikut: 

  • Selangor: 535 kes 
    • 209 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 154 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • 12 kes import dari luar negara; dan
    • 160 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 226 kes  
    • 160 kes daripada kluster-kluster, termasuk 15 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Jalan Panah dan Kluster Menara Wang;
    • 14 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Tiga (3) kes import dari luar negara; dan
    • 49 kes daripada lain-lain saringan COVID-19. 
  • Sabah: 189 kes 
    • 19 kes daripada kluster-kluster, termasuk lima (5) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Saga Tengah;
    • 113 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 57 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka : 124 kes
    • 123 kes daripada kluster sedia ada; dan
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Johor: 118 kes
    • 80 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 24 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • 14 kes daripada lain-lain saringan COVID-19. 
  • Pahang: 45 kes
    • 44 kes daripada kluster sedia ada; dan
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Pulau Pinang: 43 kes 
    • 12 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Sembilan (9) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 22 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: 31 kes
    • Enam (6) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 15 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 10 kes daripada lain-lain saringan COVID-19. 
  • Kedah:14 kes
    • Sembilan (9) kes daripada kluster-kluster, termasuk lapan (8) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Kolam Air;
    • Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: Lapan (8) kes
    • Tujuh (7) kes daripada kluster-kluster, termasuk satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Hala Mutiara; dan
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Sarawak: Empat (4) kes
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kelantan: Empat (4) kes
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: Empat (4) kes
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: Dua (2) kes daripada kluster-kluster sedia ada.
  • Terengganu: Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED