Translate

27 December 2020

Op's SAR Mangsa Lemas Di Jambu Bongkok Diteruskan Guna Helikopter




Operasi SAR 2 lelaki dikhuatiri lemas diteruskan  
 
Op SAR mangsa lemas di Jambu Bongkok diteruskan guna helikopter

BERNAMA
27/12/2020 


MARANG, 27 Dis -- Operasi mencari dan menyelamat (SAR) Wan Nashaifudin Wan Latif, 48, yang dikhuatiri lemas di Pantai Jambu Bongkok di sini diteruskan dengan menggunakan helikopter pasukan penyelamat.

Ketua Polis Daerah Marang DSP Mohd Zain Mat Dris berkata pencarian menerusi udara itu bermula pada 12.50 tengah hari tadi selama sejam sepanjang 24 kilometer (km) di pesisir pantai dari Jambu Bongkok hingga ke Kuala Dungun.

"Pencarian dengan Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) itu turut melakukan pemantauan sehingga 8 km ke tengah laut.

"Tinjauan dari atas sangat jelas kerana air laut yang jernih membolehkan kita lihat hingga ke dasar. Namun, masih tiada sebarang petunjuk baharu setakat ini," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian di sini hari ini.

Pada Jumaat lepas, Wan Nashaifudin yang merupakan penghuni Pusat Jagaan Baitul Cakna Lelaki cawangan Kuala Berang, Hulu Terengganu dikatakan mandi di pantai itu bersama enam lagi rakannya yang menghuni di pusat jagaan sama di cawangan Jambu Bongkok.

Bagaimanapun, keseronokan tujuh sahabat itu berakhir tragedi apabila Wan Nashaifudin dikhuatiri lemas ketika mandi pada pukul 6.30 petang.

Pasukan bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.37 petang dan bergegas ke lokasi kejadian untuk menjalankan operasi SAR.

Mohd Zain berkata pencarian udara akan diteruskan lagi petang ini menggunakan helikopter Unit Udara Polis Diraja Malaysia selain penggunaan enam jet ski milik bomba dan dua bot milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.

"Pencarian udara petang ini akan memperluaskan radius kawasan pencarian dan kami berharap mangsa dapat dijumpai secepat mungkin," katanya.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 5 mins ago
A visitor from Louisiana viewed 'Daughter of Tycoon Tan Sri Khoo Kay Pen gave up he' 25 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Sultan Pahang zahir rasa gembira empat daerah ters' 25 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Perselisihan faham 'Pak Cik Petai' dengan MPPD dis' 25 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Kenakan hukuman lebih berat terhadap pemandu cuai,' 34 mins ago
A visitor from Subang jaya viewed 'BEST FBKL' 35 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Berita baik daripada kerajaan diharap beri keceria' 38 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Peter Anthony fail semakan kepu' 40 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Anita Azrina ganti Hans Isaac | BEST FBKL' 46 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PM Anwar nasihat semua pihak jan' 1 hr 4 mins ago