Translate

26 December 2020

Lima Individu Terselamat Setelah Bot Karam Di Perairan Pahang


Lima individu terselamat setelah bot karam di perairan Pahang

BERNAMA
26/12/2020 


KUANTAN, 26 Dis -- Lima individu termasuk tiga kakitangan Temasek Hidroteknik Sdn Bhd berdepan detik cemas apabila bot fiber yang dinaiki mereka untuk menjalankan kerja-kerja tinjauan ke dasar laut, karam pada kedudukan kira-kira tujuh batu nautika, dari Kuala Pahang, semalam.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Pahang Laksamana Pertama Maritim Datuk Amran Daud berkata petugas syarikat itu Mohamad Shafizal Mohd Saad, 25, Muhamad Ashraf Shahrul Azmi, 26, dan Wan Nur Azlieda Wan Mohd Zaki, 26, berjaya diselamatkan nelayan tempatan yang ketika itu melalui kawasan perairan tersebut.

Menurutnya, turut terselamat dalam kejadian pada kira-kira 10 pagi itu ialah tekong Azmi Yahya dan kru bot Azli Sulaiman.

"Pihak kami menerima maklumat mengenai kejadian itu pada pukul 10.15 pagi sebelum Bot KILAT 49 yang sedang beroperasi di sekitar perairan Kuantan diarahkan ke lokasi kejadian.

"Sejurus tiba, kesemua mangsa telah diselamatkan oleh bot nelayan tempatan yang ternampak mangsa berada dalam situasi kecemasan. Kesemua mangsa berjaya dibawa ke Jeti Kuala Pahang dalam keadaan selamat pada 10.40 pagi," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Amran mengingatkan komuniti maritim supaya sentiasa memakai jaket keselamatan dan peka dengan perubahan semasa cuaca setiap kali turun ke laut bagi mengelak sebarang kejadian tidak dingini berlaku.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 5 mins ago
A visitor from Indiana viewed 'KL court official called back to court for trial |' 21 mins ago
A visitor from Alabama viewed 'Elfira Loy and Suffian Suhaimi dating | BEST FBKL' 25 mins ago
A visitor from Lecco viewed 'Motorcycling-Moto3 Rider Dupasquier Dies After Cra' 31 mins ago
A visitor from Oregon viewed 'ELVIS PRESLEY 40TH ANNIVERSARY TRIBUTE CONCERT IN ' 38 mins ago
A visitor from Virginia viewed 'A band of robbers picked the wrong man to mess wit' 53 mins ago
A visitor from Pulau pinang viewed 'Maut dilanggar bapa sendiri semasa undurkan kereta' 53 mins ago
A visitor from New york viewed 'The Kuala Lumpur Mayor’s Tourism Awards (KLMTA) 20' 57 mins ago
A visitor from New york viewed 'Belgium Stun Brazil 2-1 - Kevin De Bruyne wins Wor' 59 mins ago
A visitor from Iowa viewed 'MANNY PACQUIAO & LUCAS MATTHYSSE COME FACE TO FACE' 1 hr 12 mins ago