Bakal pengantin dikhuatiri lemas, kenduri tetap diteruskan

BERNAMA
26/12/2020
MARANG, 26 Dis -- Keluarga pihak pengantin perempuan tetap meneruskan kenduri perkahwinan hari ini walaupun bakal pengantin lelaki dikhuatiri lemas dalam kejadian di Pantai D' Marang Village, Kelulut semalam.
Ismail Awang, 61, berkata anaknya Fatin Nabilah Huda, 27, dijadual bernikah dengan Naim Hariri Kamaruddin, 31, pada 10 pagi tadi di Masjid Kampung Surau Haji Mat Zin, Bukit Payung dan kenduri pula diadakan dari pukul 12 tengah hari hingga 4 petang.
“Namun, detik istimewa buat anak saya tidak berjalan seperti dirancang kerana Naim Hariri dikhuatiri lemas semalam, kami sekeluarga reda dengan takdir yang menimpa namun, kenduri tetap diteruskan hari ini kerana ramai tetamu sudah datang sejak 10 pagi,” katanya ditemui Bernama di rumahnya di Kampung Surau Haji Mat Zin, Bukit Payung di sini.
Tinjauan Bernama mendapati Ismail dan keluarga kelihatan tenang ketika melayan tetamu yang datang menzahirkan simpati sebaik mengetahui tragedi tersebut.
Semua persiapan seperti pelamin dan barang hantaran telah terhias indah malah kenduri perkahwinan itu juga mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan bagi mengelak penularan COVID-19 seperti membuat pemeriksaan suhu badan dan merekod butiran tetamu yang datang melalui aplikasi MySejahtera.
Ismail berkata mengikut perancangan, setelah majlis pernikahan berlangsung hari ini, kenduri menyambut menantu akan diadakan pihak keluarga lelaki di Kuala Lumpur pada 9 Jan tahun hadapan.
"Saya sempat berjumpa Naim Hariri ketika dia datang ke rumah untuk melihat persiapan terakhir kenduri pada pagi semalam. Tak sangka pula ini yang berlaku.
"Memang sedih sangat dengan apa yang berlaku kerana terjadi hanya sehari sebelum majlis pernikahan berlangsung. Saya harap anak akan terus kuat semangat dan semoga Naim Hariri dapat ditemukan secepat mungkin," katanya.
Naim Hariri, yang beralamat di Kuala Lumpur dikhuatiri lemas setelah dipercayai hilang ketika mandi laut di pantai itu petang semalam
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa masih gagal menemui petunjuk baharu setakat 10 pagi tadi.