Translate

15 December 2020

Covid-19 Malaysia : New Cases- 1,772 Total Cases- 86,618 | Active Cases- 14,515 | Total New Death- 3 Deaths- 422 Recovered- 1,084


Kenyataan Akhbar KPK 15 Disember 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini bilangan kes sembuh COVID-19 adalah sebanyak 1,084 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 adalah 71,681 kes (82.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).  

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Pada hari ini, 15 Disember 2020, negara kita telah merekodkan kes harian baharu sebanyak 1,772 kes. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 86,618 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 14,515 kes. Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat  12 kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan COVID-19 dalam negara pula adalah sebanyak 1,760 kes.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur melaporkan kes harian tertinggi pada hari ini iaitu sebanyak 696 kes (39.3 peratus) di mana 567 kes (81.5 peratus) adalah dari Kluster Tapak Bina Damanlela yang melibatkan generasi kelima dan keenam. Pelaporan kes kedua tertinggi mengikut negeri ini adalah dari negeri Selangor sebanyak 503 kes (28.4 peratus) dan diikuti dengan Sabah sebanyak 260 kes (14.7 peratus).

Sebanyak 120 kes (6.8 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara yang membabitkan Kluster Tembok (99 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (15 kes), dan Kluster Bakti (6 kes).

Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

Sehingga kini, terdapat 118 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 56 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan tiga (3) kes kematian COVID-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 422 kes (0.49 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Ringkasan kes kematian hari ini adalah seperti berikut:

No. KematianKes No.NegeriJantina (warganegara)Umur (tahun)Hospital/Tempat KematianLatar Belakang
42052142SabahPerempuan (WN)45Hospital Duchess of Kent, SandakanPenyakit kencing manis, darah tinggi,  buah pinggang kronik, dan strok
42154828SabahLelaki (WN)88Hospital Duchess of Kent, SandakanPenyakit darah tinggi, kelenjar prostat, dan buta
42256822SabahLelaki (WN)75Hospital Duchess of Kent, SandakanPenyakit darah tinggi,  paru-paru kronik dan  jantung

*WN merujuk kepada warganegara.

KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER

Sehingga 15 Disember 2020, terdapat sebanyak 418 kluster telah dilaporkan. Jumlah kluster yang telah tamat pula adalah sebanyak 229 kluster termasuk dua (2) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Istimewa dan Kluster Sepanggar di Sabah. Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 189 kluster. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 55 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini. Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Tapak Bina Damanlela (568 kes), Kluster Tembok (99 kes), dan Kluster Tapak Bina Rimbun (27 kes).

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

15 Disember 2020 @ 5.30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 15 DISEMBER 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SABAH26033,371
SELANGOR503 (3)22,082
W.P. KUALA LUMPUR696 (8)8,897
NEGERI SEMBILAN676,591
KEDAH202,847
PULAU PINANG34 (1)2,714
JOHOR482,663
PERAK1102,634
W.P. LABUAN111,457
SARAWAK01,075
PAHANG8838
KELANTAN3471
MELAKA5439
TERENGGANU7278
W.P. PUTRAJAYA0216
PERLIS045
JUMLAH KESELURUHAN1,772 (12)86,618

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Perincian 1,772 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 15 Disember 2020 adalah seperti berikut: 

  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 696 kes  
    • 629 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 31 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Lapan (8) kes import dari luar negara; dan
    • 28 kes daripada lain-lain saringan COVID-19. 
  • Selangor: 503 kes 
    • 62 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 165 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Tiga (3) kes import dari luar negara; dan
    • 273 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sabah: 260 kes 
    • 52 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 137 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 71 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: 67 kes
    • 56 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Empat (4) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tujuh (7) kes daripada lain-lain saringan COVID-19. 
  • Perak: 110 kes
    • 105 kes  daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Lima (5) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Johor: 48 kes
    • 24 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 19 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19. 
  • Pulau Pinang: 34 kes 
    • 21 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Empat (4) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • Lapan (8) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: 20 kes
    • 11 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Tujuh (7) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: 11 kes
    • Lima (5) kes daripada kluster sedia ada;
    • Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19
  • Pahang: Lapan (8) kes daripada kluster-kluster sedia ada.
  • Terengganu: Tujuh (7) kes
    • Lima (5) kes daripada kluster sedia ada; dan
    • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Melaka: Lima (5) kes
    • Satu (1) kes daripada kluster sedia ada;
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kelantan: Tiga (3) kes
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.



Status Terkini #COVID19, 15 Dis 2020
Kes sembuh=1,084 Jumlah kes sembuh=71,681 kes Kes baharu positif=1,772 kes (1,760 tempatan, 12 import) Jumlah positif=86,618 kes Kes kematian=3 Jumlah kes kematian=422 kes Kes dirawat di ICU=118 kes Bantuan Alat Pernafasan=56 kes












Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED