Translate

15 July 2020

SPRM tahan bekas Ahli Lembaga Pengarah UniMAP Holdings (Video)



Harian Metro 
15 Julai 2020



SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang bekas Ahli Lembaga Pengarah UniMAP Holdings bagi membantu siasatan salah guna kuasa membabitkan penyewaan bangunan komersial bernilai lebih RM1 juta pada 2015.

Menurut sumber, suspek ditahan 10 pagi semalam, ketika hadir memberi keterangan berhubung kes berkenaan di Pejabat SPRM negeri.

Suspek dikatakan menggunakan kuasanya sebagai Ahli Lembaga Pengarah ketika itu bagi mendapatkan hasil sewaan bernilai lebih RM1 juta ke atas bangunan di Sungai Cucoh, Padang Besar pada 2015.

Berikutan itu, suspek dipanggil SPRM bagi memberi keterangan dan ditahan sejurus selesai rakaman percapakan ke atasnya.

Sementara itu, permohonan SPRM bagi mereman suspek hari ini, ditolak Penolong Pendaftar Mahkamah Kangar, Monica Joseph Gaisah berikutan masalah teknikal.

Terdahulu suspek yang memakai baju lokap SPRM tiba pada 9.30 pagi, namun dilihat keluar dari perkarangan mahkamah kira-kira 30 minit kemudian.

Pengarah SPRM negeri, Suzeliyana Hashim ketika dihubungi mengesahkan siasatan kes berkenaan mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED