Translate

25 July 2020

Polis tahan lelaki selit pistol belakang seluar



25/07/2020 04:07 PM



GEORGE TOWN, 25 Julai -- Gara-gara menyelitkan pistol tiruan atau pistol tembak cicak di bahagian belakang seluarnya semasa menunggang motosikal di Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu di sini, seorang pengawal keselamatan ditahan polis selepas perbuatannya dirakam dan gambarnya tular di media sosial Facebook semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Soffian Santong berkata lelaki itu ditahan di tempat kerjanya di Sungai Ara, dekat sini kira-kira 3 pagi tadi bagi membantu siasatan.

"Lelaki itu mengaku gambar yang tular tersebut adalah dia dan memaklumkan membeli pistol tiruan atau pistol tembak cicak berkenaan di sebuah kedai runcit di kawasan Tanjung Tokong pada Mei lepas dengan harga RM70.

"Dia juga memaklumkan tujuan menyelitkan pistol tiruan semasa menunggang motosikal adalah untuk suka-suka bukan untuk tujuan jenayah," menurut Soffian dalam kenyataan hari ini.

Katanya, lelaki yang mempunyai empat rekod lampau berkaitan jenayah serta dadah itu direman untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 36 Akta Senjata 1960 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia Malaysia (AKMM) 1998.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 30 mins ago
A visitor from Muar town viewed '3 killed, 1 injured in fiery plane crash in Boca R' 36 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed '15 countries have sent trade deal p' 53 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PM awarded Doctor Of Law by Shenandoah University,' 54 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Australian woman gives birth to wrong couple's bab' 1 hr ago
A visitor from Oslo viewed 'GARA - GARA TERTEKAN PEDAL MINYAK TEKSI REMPUH BAN' 1 hr 4 mins ago
A visitor from Alabama viewed 'PM awarded Doctor Of Law by Shenandoah University,' 1 hr 7 mins ago
A visitor from Peats ridge viewed '75 per cent of United Nations missions' 1 hr 15 mins ago
A visitor from Oslo viewed '15 countries have sent trade deal p' 1 hr 16 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 1 hr 16 mins ago