Translate

12 July 2020

Pemimpin Amanah - DAP Bertemu Shafie Apdal & Blok Pembangkang Tun Mahathir


Amanah dan DAP bertemu blok Tun M bincang persiapan hadapi Dewan Rakyat

MALAYSIAKINI




Pemimpin kanan DAP dan Amanah mengadakan perjumpaan dengan beberapa pemuka pembangkang dari kem Dr Mahathir Mohamad dan Warisan di Kuala Lumpur hari ini.

Pertemuan tersebut dilaporkan dibuat bagi menyelaraskan tindakan bersama menjelang sidangan Dewan Rakyat yang dijadual berlangsung lusa.

Perkembangan itu berlaku sehari selepas Mahathir mengumumkan bahawa beliau dan lima anggota parlimen yang bersekutu dengannya akan duduk di blok bebas bersama Warisan di parlimen.

Bekas perdana menteri itu tidak turut serta dalam pertemuan hari ini, tetapi anaknya, Mukhriz, hadir. Turut menyertai pertemuan berkenaan ialah Anggota Parlimen Simpang Renggam Dr Maszlee Malik dan Setiausaha Agung Bersatu yang dipertikaikan Marzuki Yahya.

Turut hadir Presiden Warisan, Mohd Shafie Apdal; ketua pemuda parti itu, Azis Jamman; serta beberapa pemimpin tertinggi DAP termasuk Lim Guan Eng (setiausaha agung), Tan Kok Wai (pengerusi) dan Anthony Loke (setiausaha organisasi).

Tidak ketinggalan pemimpin kanan Amanah, Mohamad Sabu (presiden), Mahfuz Omar (naib presiden) dan Khalid Samad (pengarah komunikasi).


Mahu pastikan terus kukuh

Sementara itu Khalid memberitahu Malaysiakini, pertemuan berkenaan diadakan bagi memupuk perpaduan dalam kalangan pembangkang serta mengekalkan hubungan baik di antara bersama Pakatan Harapan (PH) dan blok bebas.

“Kita nak jumpa, nak tahu apa perancangan mereka, macam mana kita boleh terus kerjasama… untuk tentukan pembangkang tak berpecah,” kata ahli parlimen Shah Alam itu.

Hal yang dibincangkan, kata Khalid, termasuk berkenaan cara pengundian mengenai usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Perjumpaan hari ini diadakan sebelum perjumpaan praparlimen untuk wakil rakyat PH yang akan diadakan esok.

Malaysiakini difahamkan pertemuan yang akan diadakan itu turut menjemput kem Mahathir namun kehadiran mereka belum dapat dipastikan.

Apabila Khalid ditanya adakah Presiden PKR Anwar Ibrahim dimaklumkan berkenaan perjumpaan hari ini, bekas menteri Wilayah Persekutuan itu berkata beliau tidak pasti mengenai perkara tersebut.

“Saya tak pasti beliau diberitahu atau tidak, saya dijemput untuk hadir,” katanya.

Beliau menambah, parti dalam PH tidaklah semestinya mendapatkan kebenaran daripada pemimpin PKR sebelum mengadakan pertemuan dengan pihak yang dirasakan perlu.


“Yang penting, dari dulu Amanah dan DAP, peranan kita adalah untuk tentukan PH Plus kukuh dan terus kukuh,” katanya lagi.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/533980

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED