Translate

14 July 2020

Pembunuh kucing di dobi Kepong pada 12 Julai, direman empat hari (VIDEO)


Pembunuh kucing di dobi Kepong direman empat hari

Astro Awani | Julai 14, 2020 


Perintah reman ke atas lelaki itu diperolehi dari Mahkamah Selayang, Selangor selama 4 hari, mulai 13 Julai hingga 16 Julai 2020

KUALA LUMPUR: Seorang individu yang dirakam memasukkan tiga ekor kucing ke dalam mesin basuh di sebuah pusat dobi di Kepong pada 12 Julai lepas, telah ditahan pada hari yang sama.

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia dalam satu kenyataan hari ini berkata, lelaki itu telah ditahan pada jam 12.15 tengah malam, dan perintah reman ke atasnya diperolehi dari Mahkamah Selayang, Selangor selama 4 hari, mulai 13 Julai hingga 16 Julai 2020.

“Barang kes yang merupakan 3 karkas (bangkai) kucing telah diambil oleh Pegawai Penyiasat dihantar ke Makmal Veterinar Salak Tinggi pagi untuk tujuan post-mortem.

“Siasatan dijalankan di bawah Subseksyen 29(1)(e), Akta Kebajikan Haiwan 2015 [Akta 772], iaitu dengan kejamnya menyebabkan kesakitan dan penderitaan yang tidak sepatutnya keatas tiga (3) ekor kucing,” menurut jabatan itu lagi.

Pada 12 Julai, tiga ekor kucing mati selepas disumbat ke dalam mesin basuh layan diri, di sebuah kedai dobi 24 jam di Desa Aman Puri, Kepong.

Presiden Persatuan Haiwan Malaysia (Animal Malaysia), Arie Dwi Andika berkata, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 5.30 pagi dan disedari orang awam sekitar pukul 9 pagi hari yang sama.

Pada September tahun lepas, kes penderaan haiwan melibatkan seekor kucing ditemukan mati dalam mesin pengering di kedai dobi Taman Gombak Ria, Selangor.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED