Translate

16 July 2020

Pegawai kanan Wanita Imigresen Johor didakwa dengan 4 yang lain atas pertuduhan penyeludupan migran (2 Video)




 

 Harian Metro
16 Julai 2020


DUA pegawai kanan Jabatan Imigresen Johor bersama tiga lain dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas pertuduhan menjalankan penyeludupan migran, Jun lalu.

Tertuduh, Penolong Pengarah Jabatan Imigresen, Noryati Abu Bakar, 50, bersama Pegawai Imigresen Kanannya, Haris Fadzilah Abu Bakar, 48, dan buruh binaan, M Amir Nasir, 61, didakwa atas lapan pertuduhan secara bersama-sama.

Mengikut kertas pertuduhan, ketiga tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu pada 12 tengah hari 15 Jun lalu di Lot 21, Jalan Feri, Pelabuhan Pasir Gudang.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan menjalankan penyeludupan migran ke atas lapan individu warga Indonesia.

Manakala dua yang lain iaitu ejen tiket feri, Tengku Jajang Sagita Tengku Redzuan, 54, berhadapan dua pertuduhan dan pengawal keselamatan Terminal Feri Pasir Gudang, Razali Mohamad, 55, berhadapan satu pertuduhan atas kesalahan sama.

Kesalahan dilakukan di lokasi, masa dan hari yang sama.

Kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 26A Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 dan boleh dihukum mengikut akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 15 tahun dan boleh didenda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Kesemua pertuduhan dibaca di lima Mahkamah berasingan di hadapan lima Hakim berbeza iaitu Hakim Kamarudin Kamsun, Faiz Dziyauddin, V Mabel Sheela, Wan Mohd Norisham Wan Yaacob dan Aizatul Akmal Maharani.

Kesemua tertuduh mengangguk faham ketika semua pertuduhan dibacakan.

Masing-masing tertuduh diwakili peguam.

Noryati diwakili peguam, Zaid Malek; Haris Fadzilah diwakili peguam, Hairul Nadiah Hasni dan M Amir diwakili peguam, Izzat Muhtar.

Manakala tertuduh Tengku Jajang Sagita diwakili peguam, Mohamad Isa Mohammad Basir dan Razali diwakili peguam, Munirah Najihah Saari.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Yusaini Amer Abd Kadir, Nor Azizah Mohamad dan Nur Baiduri Mustakim.

Mahkamah menetapkan tiada jaminan diberikan dan 23 Julai sebagai tarikh sebutan semula kes.

 

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'PM Anwar bidas pihak nasihat beliau 'jangan berjal' 29 mins ago
A visitor from Pulau pinang viewed 'PDRM umum pertukaran 13 pegawai kanan | BEST FBKL' 30 mins ago
A visitor from Putrajaya viewed 'LELAKI CER0B0H RUANG SOLAT WANITA DI MASJID BATANG' 30 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Lelaki Cuba Rogol Kanak-Kanak Di Masjid Sudah Dita' 33 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Indivi' 42 mins ago
A visitor from Moscow viewed 'YouTube banning young kids from livestreaming with' 2 hrs 27 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Corruption Case of Singapore VIP may trigger share' 2 hrs 36 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'PKNS jual tanah di Bukit Broga kerana tidak strate' 3 hrs 7 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Hanya 5 Minit Curi Mangkuk Tandas Emas Bernilai Rm' 3 hrs 31 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Avitan Shalom dipenjara tujuh tahun miliki peluru,' 4 hrs 14 mins ago