Translate

23 July 2020

COVID-19: Singapura rekod 354 kes baharu, lepasi angka 49,000




23/07/2020 05:35 PM



Oleh Massita Ahmad

SINGAPURA, 23 Julai -- Singapura mencatat sebanyak 354 kes baru jangkitan COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 49,098 dengan kebanyakan kes melibatkan pekerja asing yang tinggal dalam asrama.

"Berdasarkan siasatan kami setakat ini, terdapat lapan kes dalam komuniti dengan empat daripadanya adalah warga Singapura atau penduduk tetap dan empat pemegang pas kerja," menurut Kementerian Kesihatan (MOH) republik dalam kenyataan ringkas mengenai COVID-19 setakat tengah hari ini.

Selain itu, MOH Singapura memaklumkan terdapat lima kes import dari individu yang diletakkan dalam Stay-Home Notice, semasa tiba di Singapura.

Dalam data penuhnya yang dikeluarkan semalam, Singapura mengklasifikasikan 654 kes sebagai kes import, 2,146 kes komuniti dan 45,944 dari penghuni asrama.

Setakat ini sebanyak 44,795 kes atau kira-kira 92 peratus daripada keseluruhan kes telah pulih sepenuhnya dan telah discaj dari hospital atau kemudahan rawatan komuniti.

Setakat tengah hari semalam, terdapat 150 kes disahkan masih di hospital. Sebilangan besar dalam keadaan stabil atau bertambah baik, tanpa kes di unit rawatan rapi.

Sejumlah 3,772 pesakit yang mempunyai gejala atau sihat secara klinikal tetapi masih positif COVID-19 telah diasingkan dan dirawat di kemudahan komuniti.

Sehingga kini, 27 orang telah meninggal dunia akibat komplikasi COVID-19 di republik ini.

Tiga kluster baharu dikenal pasti semalam, semua melibatkan asrama iaitu 7 Kian Teck Crescent; 2 Tech Park Crescent; dan 12 Tech Park Crescent.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED