Translate

09 July 2020

#Covid-19 Malaysia l ZERO LOCAL INFECTIONS FOR SECOND DAY IN A ROW |New Cases- 6 Total- 8683 Active- 63 | Local Infection- 0 | Imported- 6


Kesemua kes dicatatkan adalah kes import (5WN & 1BWN) iaitu 3 kes dr Indonesia, 2 kes dr Singapura dan 1 kes dr Mesir. Tiada kes penularan tempatan untuk kali ketiga pada hari ini.


Tiada kes baharu dilaporkan dalam kalangan kes tempatan. Ini adalah hari kedua berturut-turut kes tempatan mencatatkan sifar kes.



Kenyataan Akhbar KPK 9 Julai 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 13 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 8,499 kes (97.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 9 Julai 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat enam (6) kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,683 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 63 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Sukacita dimaklumkan bahawa tiada kes penularan di dalam negara yang dilaporkan pada hari ini juga. Semua enam (6) kes baharu yang dilaporkan adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara, iaitu terdiri daripada lima (5) warganegara Malaysia dan satu (1) bukan warganegara yang merupakan pemastautin tetap.

Sehingga kini, terdapat dua (2) kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Satu (1) kes tersebut memerlukan bantuan pernafasan.

Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 121 kes (1.39 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

KLUSTER SYARIKAT PEMBERSIHAN KUALA LUMPUR DIISYTIHAR TAMAT

KKM ingin memaklumkan bahawa, Kluster Syarikat Pembersihan Kuala Lumpur telah tamat pada hari ini. Kluster ini adalah salah satu kluster tempat kerja COVID-19 yang telah dikenalpasti di Negara kita. Kluster ini telah dikesan hasil saringan 10 orang pekerja bukan warganegara. Saringan tersebut merupakan inisiatif majikan syarikat tersebut untuk menyaring pekerja-pekerja bukan warganegara mereka.

Sehingga 9 Julai 2020, seramai 33 orang telah disaring yang terdiri daripada 16 warganegara Malaysia dan 17 bukan warganegara. Daripada jumlah ini, didapati empat (4) kes yang positif COVID-19 iaitu tiga (3) pekerja syarikat dan satu (1) kontak rapat mereka. Keempat-empat kes adalah di kalangan warga Indonesia.

KKM ingin mengucapkan terima kasih di atas kerjasama majikan dalam usaha memutuskan rantaian penularan jangkitan COVID-19.

STATUS TERKINI KLUSTER TEMPAT KERJA

Setakat ini, terdapat 15 kluster yang disenaraikan di bawah kluster tempat kerja. Sebanyak 11 kluster telah diisytiharkan tamat termasuk satu (1) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Syarikat Pembersihan Kuala Lumpur. Kluster IN merupakan kluster pertama dikesan dalam kumpulan kluster ini, iaitu pada 24 Mac 2020 apabila kes pertama dalam kluster ini dikesan positif COVID-19 (iaitu kes ke-1909).

Terdapat empat (4) buah kluster yang masih aktif. Jadual 1 menunjukkan kluster yang masih aktif dan jumlah yang disaring serta jumlah kes positif yang dikesan dalam semua kluster tersebut. Jadual 2 menunjukkan perincian kluster yang telah tamat dalam kumpulan ini:

Jadual 1:  Kluster Aktif – Jumlah Disaring dan Jumlah Kes Positif

No.Nama klusterJumlah disaringJumlah kes positifKadar positiviti

(%)

JumlahWNBWNJumlahWNBWN
1.Kluster Tapak Pembinaan Kuala Lumpur 2354543007317220.62
2.Kluster Pedas9604165443261431233.96
3.Kluster Syarikat Pembersihan3792377340348.97
4.Kluster Tapak Pembinaan Kuching315304113120.95
JUMLAH2,008776123243616420 

Jadual 2:  Kluster Tamat – Jumlah Disaring dan Jumlah Kes Positif

No.Nama klusterJumlah yang disaringJumlah kes positifKadar positiviti (%)
JumlahWNBWNJumlahWNBWN
1.Kluster I.N5775752222023.81
2.Kluster Tapak Pembinaan Kuala Lumpur48815473310316.35
3.Kluster Kejuruteraan73470034656508.86
4.Kluster Pasar Kajang277229485231.81
5.Kluster Pengawal Keselamatan di Cheras906350556393364.30
6.Kluster Tapak Pembinaan Setia Alam1152521100150151.30
7.Kluster Pasar Chow Kit3829136024699016742.35
8.Kluster Kilang Papan Maran2421381046062.48
9.Kluster Ladang Bera65214470710.77
10.Kluster Syarikat Pembinaan Jalan Maran4810382024.17
11.Kluster Syarikat Pembersihan Kuala Lumpur36162040411.11
JUMLAH835434664888286106180 

Sehingga 9 Julai 2020 jam 12 tengah hari, secara keseluruhannya 10,362 orang telah disaring dalam semua kluster ini. Daripada jumlah ini:

  • 4,242 orang adalah warganegara Malaysia (iaitu 40.9 peratus); dan
  • 6120 orang melibatkan bukan warganegara (iaitu 45.3 peratus).

Jumlah keseluruhan kes positif yang dikesan dalam kluster-kluster ini adalah 722 kes yang melibatkan:

  • 122 warganegara Malaysia (iaitu 16.9 peratus); dan
  • 600 bukan warganegara (iaitu 83.1 peratus).

Bukan warganegara ini terdiri daripada negara-negara berikut:

  • 234 warga Bangladesh;
  • 212 warga Nepal;
  • 109 warga Indonesia;
  • 36 warga Myanmar;
  • Tujuh (7) warga India;
  • Satu (1) warga Kemboja; dan
  • Satu (1) warga Vietnam.

Bagi industri yang menggunakan banyak tenaga kerja, termasuk daripada kalangan bukan warganegara, majikan adalah bertanggungjawab untuk memastikan pekerja mereka sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dan mengamalkan langkah-langkah pencegahan di tempat kerja. Antara amalan-amalan yang sewajarnya dilaksanakan adalah seperti berikut:

  • Pemeriksaan suhu badan dan gejala sebelum memasuki tempat kerja;
  • Penyediaan tempat mencuci tangan atau hand sanitizer;
  • Kerap melaksanakan proses pembersihan dan pembasmian kuman terutamanya ruang guna sama;
  • Amalan jarak sosial selamat iaitu sekurang-kurangya 1 meter termasuk di ruang kerja dan ruang makan (pantry);
  • Pastikan pekerja tidak berkumpul di ruang sempit (confined space);
  • Elakkan terlalu ramai pekerja bersama pada satu masa (congregation); dan
  • Pastikan jarak 1 meter semasa pekerja bertutur dengan satu sama lain (close conversation).

Majikan juga harus menjalankan pemantauan untuk memastikan pematuhan terhadap amalan-amalan ini di kalangan warga pekerja. Ini dapat mengelakkan daripada berlakunya penularan jangkitan COVID-19 di kalangan warga pekerja dan seterusnya dapat mencegah penularan di dalam komuniti. KKM mengharapkan kerjasama semua golongan masyarakat dalam memutuskan rantaian penularan kes COVID-19 di Malaysia.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

Pihak KKM menyeru agar orang ramai terus kekal waspada dan amalkan nasihat-nasihat kesihatan yang disarankan oleh KKM iaitu:

  • Elakkan 3S / 3C:iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).

  • Amalkan 3W:iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), sangat digalakkan memakai alat pelitup separuh muka (penutup hidung dan mulut – facemask) di tempat awam atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
    • Elakkan bersalaman / bersentuhan;
    • Amalkan etika batuk dan bersin;
    • Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
    • Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung;
    • Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.

Selain itu, ingatlah kepada S.O.P, iaitu:

  • S:Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP);
  • O:Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  • P:Penjarakan sosial (social distancing) diamalkan pada setiap masa iaitu sekurang-kurangnya 1 meter.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

 

9 Julai 2020 @ 5.00 petang

 

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 9 JULAI 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
PERLIS018
KEDAH097
PULAU PINANG0121
PERAK0258
SELANGOR4 (4)2,070
NEGERI SEMBILAN01,027
MELAKA0256
JOHOR2 (2)696
PAHANG0365
TERENGGANU0111
KELANTAN0157
SABAH0378
SARAWAK0573
W.P. KUALA LUMPUR02,442
W.P. PUTRAJAYA097
W.P. LABUAN017
JUMLAH KESELURUHAN6 (6)8,683

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED