Translate

23 July 2020

#Covid-19 #Malaysia l New Cases-9 {Local-6 Imported-3} | Active-143| Total-8840 | Discharged-8574 | Deaths-123






              

Kenyataan Akhbar KPK 23 Julai 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat lapan (8) kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 8,574 kes (97 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Mapping baru BM - July 23-01

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 23 Julai 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat sembilan (9) kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,840 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 143 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan daripada sembilan (9) kes baharu yang dilaporkan, tiga (3) kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan satu (1) warganegara Malaysia dan dua (2) bukan warganegara yang mempunyai keluarga yang menetap di Malaysia atau dibenarkan masuk di atas urusan kerja. Tiga (3) kes import tersebut adalah dari negara:

  • Singapura (1 kes);
  • India (1 kes); dan
  • Filipina (1 kes).

Daripada enam (6) kes penularan di dalam negara, empat (4) kes adalah di kalangan warganegara Malaysia manakala dua (2) kes adalah di kalangan bukan warganegara.

Kes jangkitan dalam negara di kalangan bukan warganegara (2 kes) adalah seperti berikut:

  • Sabah: satu (1) kes saringan sebelum dibebaskan dari penjara;
  • Kelantan: satu (1) kes saringan tahanan di penjara sebelum dipindahkan ke Depot Tahanan Imigresen (DTI).

Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara di kalangan warganegara Malaysia (4 kes) pula adalah seperti berikut:

  • Sarawak – empat (4) kes:
    • Satu (1) kes daripada Kluster Stutong;
    • Satu (1) kes daripada Kluster Sentosa;
    • Satu (1) kes daripada Kluster Kejuruteraan Kuching;
    • Satu (1) kes masih dalam siasatan. Beliau tidak bergejala dan telah dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak.

Sehingga kini, hanya lima (5) kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU)Dua (2) kes memerlukan bantuan pernafasan.

Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 123 kes (1.39 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

NEW-GRAF-White-Update-case-number-covid-19

KEPUTUSAN MEWAJIBKAN PEMAKAIAN ALAT PELITUP SEPARUH MUKA (FACEMASK) DI BEBERAPA KATEGORI TEMPAT AWAM

KKM sememangnya menyambut baik keputusan Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan PKP hari ini yang telah diumumkan oleh YB Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) sebentar tadi, iaitu mewajibkan pemakaian alat pelitup muka (facemask) di dalam pengangkutan awam dan tempat-tempat awam yang sesak mulai 1 Ogos 2020. Individu yang didapati melanggar perintah ini boleh dikenakan denda.

pemakaian-pelitup-muka (1)

Untuk pelitup separuh muka bukan perubatan (non-medical mask), Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesyorkan jenis fabrik atau kain dengan 3 lapisan yang terdiri daripada:

  • Lapisan paling dalam yang bersifat menyerap air (hidrofilik), misalnya kapas atau campuran kapas;
  • Lapisan paling luar yang diperbuat daripada bahan bersifat menghindar penyerapan air (hidrofobik), misalnya polipropilena, poliester, atau campurannya. Lapisan ini boleh mengehadkan pencemaran dari luar daripada menembus masuk ke hidung dan mulut pemakai; dan
  • Lapisan tengah hidrofobik yang diperbuat daripada bahan bukan tenunan sintetik seperti polipropilena atau lapisan kapas yang boleh meningkatkan penapisan atau menahan titisan cecair.

Jenis-pelitup-muka-fabrik_2 (1)

Selain itu, alat pelitup separuh muka perlu dipakai dengan betul dan menutupi ruang hidung sehingga dagu. Pemakaian tidak sempurna dengan membiarkan ianya tergantung di leher, di dahi, atau menutupi hanya sebahagian dari hidung dan mulut adalah tidak bertepatan dan membawa risiko pencemaran atau jangkitan kepada pemakai.

Nasihat KKM, pakailah facemask dengan kaedah yang betul.

KETIDAKPATUHAN KEPADA PENGAWASAN DAN PEMERHATIAN DI RUMAH (HOME SURVEILLANCE ORDER) DAN PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP)

Malaysia telah mencatat kes harian COVID-19 yang terendah semasa gelombang kedua pandemik COVID-19 hanya tiga (3) minggu yang lepas iaitu pada 1 Julai 2020. Pada hari tersebut, Negara telah mencatat hanya satu (1) kes COVID-19. Kes penularan tempatan pula telah mencapai angka sifar untuk beberapa hari sebelum ini.

Namun demikian, sejak kebelakangan ini kes harian didapati kembali meningkat dan ada kalanya ia mencapai dua angka. Sejak 1 Julai 2020, KKM telah melaporkan 15 buah kluster baharu. Tren kenaikan kes harian dan kewujudan kluster-kluster baharu ini besar kemungkinan disebabkan oleh kelekaan dan ketidakpatuhan orang ramai kepada arahan serta nasihat Kerajaan dalam menangani wabak ini.

Seperti makluman ramai, sejak kebelakangan ini tular di media sosial gambar beberapa individu yang telah diletakkan di bawah Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Di Rumah (Home Surveillance Order) namun didapati telah berada di tempat awam.

Analisa data terkini yang diperolehi melalui aplikasi MySejahtera menunjukkan bahawa dari 7 Julai 2020 hingga 20 Julai 2020, 24.8 peratus daripada jumlah individu yang diletakkan di bawah Home Surveillance Order (HSO) tidak menggunakan fungsi Home Assessment Tool. Fungsi Home Assessment Tool ini merupakan satu ciri bagi individu menjalani penilaian kendiri yang perlu dilakukan setiap hari selama tempoh kuarantin di rumah iaitu selama 14 hari.

Setakat ini bilangan pengembara yang pulang dari luar negara iaitu Person Under Surveillance yang dikehendaki menjalani HSO adalah seramai 31,674 orang dan jumlah yang sudah tamat tempoh kuarantin adalah 18,416 orang. Namun daripada jumlah ini, 10 peratus didapati tidak menjalani saringan COVID-19 pada hari ke-13.

mysj

Begitu juga dengan pematuhan terhadap Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan. Jika diperhatikan, lebih ramai masyarakat makan di restoran, membeli belah di pasaraya dan kembali bekerja di pejabat-pejabat. Namun begitu, analisa data melalui aplikasi MySejahtera menunjukkan bahawa walaupun jumlah pengguna berdaftar dengan aplikasi MySejahtera didapati terus meningkat dalam tempoh tiga (3) minggu lepas, namun jumlah daftar masuk di premis-premis seperti kedai makan, pasaraya dan sebagainya didapati menunjukkan tren penurunan. Ini menunjukkan bahawa pematuhan terhadap SOP kian berkurangan. Pemilik premis-premis dan masyarakat umum diingatkan untuk terus mematuhi SOP yang ditetapkan agar kita dapat sama-sama memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 di dalam masyarakat.

Seperti yang sering disebutkan, masyarakat kini perlu memainkan peranan sosial yang lebih utama dalam memerangi pandemik COVID-19. Patuhilah SOP yang disediakan. Rakyat juga digalak untuk terus menjadi mata dan telinga pihak berkuasa dengan melaporkan tindakan yang didapati melanggar SOP kepada pihak penguatkuasa misalnya pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan sewajarnya.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM yang menasihatkan orang ramai agar waspada dan terus patuhi saranan dan nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan. Jadikanlah nasihat-nasihat ini satu kebiasaan baharu dalam kehidupan harian:

  • Elakkan 3S / 3C:iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).

WhatsApp Image 2020-06-26 at 3.10.48 PM

  • Amalkan 3W:iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), sangat digalakkan memakai alat pelitup separuh muka (penutup hidung dan mulut – facemask) di tempat awam atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
    • Elakkan bersalaman / bersentuhan;
    • Amalkan etika batuk dan bersin;
    • Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
    • Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung;
    • Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai norma baharu iaitu:

  • S: Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP);
  • O: Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  • P: Penjarakan sosial (social distancing) diamalkan pada setiap masa iaitu sekurang-kurangnya 1 meter.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

23 Julai 2020 @ 5.00 petang.

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 23 JULAI 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
PERLIS018
KEDAH0100
PULAU PINANG0121
PERAK0261
SELANGOR02,112
NEGERI SEMBILAN01,028
MELAKA0258
JOHOR1 (1)718
PAHANG1 (1)366
TERENGGANU0114
KELANTAN1159
SABAH1384
SARAWAK4632
W.P. KUALA LUMPUR1 (1)2,454
W.P. PUTRAJAYA098
W.P. LABUAN017
JUMLAH KESELURUHAN(3)8,840

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import







Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED