Translate

11 July 2020

#Covid-19 #Malaysia l 8 New Cases & 1 New Death | Local Infection-4 | Imported-4 | Total-8704 | Active Cases-67 | Discharged-8515 | Deaths-122



Kenyataan Akhbar KPK 11 Julai 2020 -Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat empat (4) kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 8,515 kes (97.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Mapping baru BM - 11July-01

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 11 Julai 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat lapan (8) kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,704 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 67 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan daripada lapan (8) kes baharu yang dilaporkan, empat (4) kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan empat (4) warganegara Malaysia. Daripada empat (4) kes penularan di dalam negara pula, dua (2) kes adalah di kalangan warganegara dan dua (2) kes adalah di kalangan bukan warganegara Malaysia.

Perincian kes jangkitan dalam negara di kalangan warganegara Malaysia (2 kes) adalah seperti berikut:

  • Sarawak: satu (1) kes Severe Acute Respiratory Infection (SARI) yang telah dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak. Kes ini juga merupakan kes kematian ke-122 yang dilaporkan hari ini. Perinciannya adalah seperti di bawah;
  • Sabah: satu (1) kes saringan bagi kes yang dirujuk ke hospital.

Kes jangkitan dalam negara di kalangan bukan warganegara Malaysia (2 kes) pula adalah seperti berikut:

  • Selangor: dua (2) kes saringan di Depot Tahanan Imigresen (DTI) Sepang, di mana kedua-dua kes ini disaring semula sebelum proses penghantaran pulang ke negara asal.

Sehingga kini, terdapat tiga (3) kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Dua (2) kes adalah memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan satu (1) lagi kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 122 kes (1.40 peratus daripada jumlah keseluruhan kes):

  • Kes kematian ke-122 (kes ke-8702) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 72 tahun yang mempunyai penyakit darah tinggi dan kencing manis. Beliau telah mendapatkan rawatan tradisional beberapa kali sejak 3 Julai 2020 dan kemudiannya ke sebuah hospital swasta pada 9 Julai 2020. Beliau segera dipindahkan ke Hospital Umum Sarawak setelah disyaki positif COVID-19. Beliau kemudiannya disahkan positif COVID-19, kesihatan beliau terus merudum dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU). Beliau telah disahkan meninggal dunia pada 10 Julai 2020 jam 5.49 petang.

KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga beliau.

graf-NEW-White-Update-case-number-covid-19

PERSAMPELAN BAGI KES PRA PEMBEDAHAN SEBAGAI SISTEM PENGESANAN KES COVID-19 DI MALAYSIA

KKM ingin memaklumkan bahawa persampelan pra pembedahan merupakan salah satu sistem survelan yang dijalankan di Malaysia. Ia adalah bertujuan untuk mengesan awal jangkitan COVID-19 di kalangan komuniti dan seterusnya memberi amaran awal kepada pihak KKM untuk bertindak.

Survelan ini dijalankan ke atas populasi yang besar dan ia meliputi lapisan masyarakat yang tidak bergejala. Individu yang perlu menjalani pembedahan bagi kes kecemasan dan separa kecemasan di hospital KKM perlu menjalani ujian pengesanan COVID-19 terlebih dahulu. Sehingga 10 Julai 2020, sebanyak 60,952 sampel pra pembedahan telah diambil. Daripada jumlah tersebut, 21 kes telah didapati positif COVID-19 (iaitu kadar positif adalah 0.03 peratus). Peratusan kes positif kekal rendah meskipun jumlah persampelan yang tinggi menunjukkan penularan COVID-19 adalah terkawal di dalam negara.

Sistem survelan yang dinamik ini merupakan proksi yang bagus untuk mengambarkan penularan jangkitan COVID-19 di kalangan masyarakat di Malaysia. Ini adalah kerana ia meliputi semua kelompok masyarakat dan dijalankan ke atas individu-individu yang tidak bergejala. Pihak KKM akan terus memantau kes-kes COVID-19 di dalam komuniti dan memastikan kes dikesan awal dan penularan jangkitan COVID-19 dapat dibendung.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

Dalam pada keadaan penularan COVID-19 dalam negara yang didapati terus terkawal, pihak KKM tetap mengingatkan agar orang ramai terus kekal waspada dan amalkan nasihat-nasihat kesihatan yang disarankan oleh KKM iaitu:

  • Elakkan 3S / 3C:iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).

WhatsApp Image 2020-06-26 at 3.10.48 PM

  • Amalkan 3W:iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), sangat digalakkan memakai alat pelitup separuh muka (penutup hidung dan mulut – facemask) di tempat awam atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
    • Elakkan bersalaman / bersentuhan;
    • Amalkan etika batuk dan bersin;
    • Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
    • Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung;
    • Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.

Selain itu, ingatlah kepada S.O.P, iaitu:

  • S:Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP);
  • O:Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  • P:Penjarakan sosial (social distancing) diamalkan pada setiap masa iaitu sekurang-kurangnya 1 meter.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

 

11 Julai 2020 @ 5.00 petang

 

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 11 JULAI 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
PERLIS018
KEDAH098
PULAU PINANG0121
PERAK0258
SELANGOR3 (1)2,079
NEGERI SEMBILAN01,027
MELAKA0256
JOHOR2 (2)699
PAHANG0365
TERENGGANU0111
KELANTAN0157
SABAH1379
SARAWAK2 (1)577
W.P. KUALA LUMPUR02,445
W.P. PUTRAJAYA097
W.P. LABUAN017
JUMLAH KESELURUHAN8 (4)8,704

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import



Image


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED