Translate

04 July 2020

#Covid-19 #Malaysia l New Cases - 10 [Malaysian - 2 Non M'sian - 1 | Imported - 7 ] Total- 8658 | Active Cases- 76 | Discharged- 8461 | Deaths-121

Kenyataan Akhbar KPK 4 Julai 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 15 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 8,461 kes (97.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Mapping baru BM - 4Jun-01

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 4 Julai 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 10 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,658 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 76 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan daripada 10 kes baharu yang dilaporkan, tujuh (7) kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan semua warganegara Malaysia. Daripada tiga (3) kes penularan di dalam negara, satu (1) kes adalah bukan warganegara iaitu kes saringan Orang Kena Tahan (OKT) di Seremban, Negeri Sembilan sebelum dipindahkan ke penjara. Dua (2) kes adalah di kalangan warganegara Malaysia. Berikut adalah perincian kes-kes tersebut:

  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: satu (1) kes saringan pra pembedahan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM. Kes tersebut telah dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh;
  • Sabah: satu (1) kes saringan petugas kesihatan yang telah tamat bertugas di sebuah pusat kuarantin di Likas.

Sehingga kini, terdapat dua (2) kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Kedua-dua kes tersebut memerlukan bantuan pernafasan.

Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 121 kes (1.39 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

GRAF-NEW-White-Update-case-number-covid-19-01 (5)

KLUSTER PUDU TAMAT

Sukacita KKM ingin memaklumkan kluster baru yang tamat iaitu Kluster Pudu. Kluster ini adalah kluster kediaman di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang mula dikesan daripada saringan pekerja di sebuah tapak pembinaan. Kes positif COVID-19 pertama kluster ini dikesan pada 10 Mei 2020 susulan saringan COVID-19 yang telah dijalankan bagi pekerja (inisiatif majikan syarikat tersebut).

pudu

Sehingga 3 Julai 2020, seramai 3,387 telah disaring dan didapati 80 kes yang positif COVID-19 (iaitu kadar positif 2.36 peratus). Kes-kes positif kluster ini merangkumi 97.5 peratus bukan warganegara Malaysia. Antara warganegara yang terlibat adalah seperti berikut:

  • 69 warga Bangladesh;
  • Tujuh (7) warga Myanmar;
  • Dua (2) warga Indonesia; dan
  • Dua (2) warganegara Malaysia.

Kawalan pentadbiran telah dilaksanakan di kawasan kluster ini dengan bantuan pelbagai agensi lain bagi menjalankan aktiviti pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection) dan seterusnya langkah pembendungan penularan jangkitan. Hasil siasatan mendapati bahawa faktor yang menyumbang kepada penularan jangkitan COVID-19 dalam kluster ini adalah penginapan yang sesak dan mempunyai ruang yang sempit. Keadaan ini telah mengakibatkan tiada amalan penjarakan sosial yang selamat (social distancing) di kalangan mereka yang dikesan positif.

KKM ingin mengucapkan syabas kepada semua pihak yang telah memberikan perkhidmatan masing-masing dalam segala aktiviti berkaitan kluster ini.

PEJABAT KESIHATAN DAERAH (PKD) PEKAN BEKERJASAMA RAPAT DENGAN SURUHANJAYA PILIHAN RAYA (SPR) PAHANG UNTUK PILIHAN RAYA KECIL (PRK) CHINI

Seperti makluman umum, pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini sedang berlangsung pada hari ini, iaitu 4 Julai 2020. Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Pekan dan lain-lain agensi telah memulakan persiapan sejak awal lagi bagi memastikan proses pengundian berlangsung dengan lancar dengan kepatuhan terhadap normal baharu dan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Antara persiapan dan langkah pencegahan jangkitan COVID-19 yang dilaksanakan oleh PKD semasa PRK Chini dijalankan adalah:

  • Mesyuarat penyelarasan PRK telah diadakan satu (1) bulan yang lalu di Pejabat Daerah Pekan bersama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Negeri Pahang;
  • Taklimat kepada semua petugas SPR dan simulasi turut diadakan bagi petugas kesihatan yang terlibat;
  • Penyediaan pasukan perubatan dan pasukan pemantau di lokasi pengundian;
  • Pasukan pemantau menjalankan aktiviti pemantauan di dalam pusat mengundi secara keseluruhan untuk memastikan pengundi patuh kepada SOP;
  • Pasukan perubatan yang bertugas di khemah khas mengundi akan membuat pemeriksaan suhu;
  • Bagi pengundi yang gagal saringan suhu dan bergejala, mereka akan membuat undian di khemah khas dengan SOP yang telah ditetapkan. Pengundi tersebut seterusnya akan diperiksa pasukan perubatan untuk tindakan selanjutnya.

Seramai 140 orang anggota kesihatan bertugas di 13 pusat pengundian. Sehingga jam 3 petang hari ini:

  • 98 pengundi telah dirujuk ke khemah rawatan;
  • Enam (6) pengundi didapati bergejala dan dibenarkan mengundi di khemah rawatan; dan
  • Seorang pengundi dirujuk ke Klinik Kesihatan untuk rawatan lanjut.

Syabas diucapkan kepada semua petugas yang telah menjalankan tugas masing-masing agar proses pilihanraya ini dapat berjalan dengan selamat. Syabas juga diucapkan kepada para pengundi yang telah menjalankan tanggungjawab mengundi dengan kepatuhan terhadap normal baharu dan SOP yang ditetapkan.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM menyeru orang ramai untuk terus kekal waspada dan amalkan nasihat-nasihat kesihatan yang disarankan oleh KKM iaitu:

  • Elakkan 3S / 3C:iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).

  • Amalkan 3W:iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), sangat digalakkan memakai alat pelitup separuh muka (penutup hidung dan mulut – facemask) di tempat awam atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
    • Elakkan bersalaman / bersentuhan;
    • Amalkan etika batuk dan bersin;
    • Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
    • Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung;
    • Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.

Selain itu, ingatlah kepada S.O.P, iaitu:

  • S:Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP);
  • O:Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  • P:Penjarakan sosial (social distancing) diamalkan pada setiap masa iaitu sekurang-kurangnya 1 meter.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

 

4 Julai 2020 @ 5.00 petang

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 4 JULAI 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
PERLIS018
KEDAH097
PULAU PINANG0121
PERAK0258
SELANGOR7 (7)2,058
NEGERI SEMBILAN11,026
MELAKA0256
JOHOR0692
PAHANG0365
TERENGGANU0111
KELANTAN0157
SABAH1376
SARAWAK0571
W.P. KUALA LUMPUR12,438
W.P. PUTRAJAYA097
W.P. LABUAN017
JUMLAH KESELURUHAN10 (7)8,658

Image

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED