Translate

12 July 2020

#Covid-19 #Malaysia l 14 New Cases - {Local Infection-11 Imported-3} | Active Cases-77 | Total-8718 | Discharged-8519 | Deaths-122



Image

Kenyataan Akhbar KPK 12 Julai 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat empat (4) kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 8,519 kes (97.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Mapping baru BM - 12July-01

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 12 Julai 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 14 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,718 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 77 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan daripada 14 kes baharu yang dilaporkan, tiga (3) kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan semua warganegara Malaysia. Daripada 11 kes penularan di dalam negara pula, tiga (3) kes adalah di kalangan warganegara dan lapan (8) kes adalah di kalangan bukan warganegara Malaysia.

Perincian kes jangkitan dalam negara di kalangan warganegara Malaysia (3 kes) adalah seperti berikut:

  • Sarawak – dua (2) kes:
    • Satu (1) kes saringan bergejala yang telah menjalankan saringan di pusat perubatan di Kuching, dan kemudiannya dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak setelah didapati positif COVID-19;
    • Satu (1) kes yang merupakan kontak rapat kes ke-8694 iaitu sebahagian daripada Kluster Kejuruteraan Kuching. Kluster ini akan diperincikan di bawah;
  • Sabah: satu (1) kes saringan pra rujukan ke Hospital Keningau;

Kes jangkitan dalam negara di kalangan bukan warganegara Malaysia (8 kes) pula adalah kes-kes saringan kontak rapat kepada kes ke-8629 dan kes ke-8630 di Depot Tahanan Imigresen (DTI) Sepang.

Sehingga kini, terdapat tiga (3) kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Dua (2) kes memerlukan bantuan pernafasan.

Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 122 kes (1.39 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

graf-NEW-White-Update-case-number-covid-19 (1)

KLUSTER KEJURUTERAAN KUCHING

KKM ingin memaklumkan sebuah kluster baharu yang telah dikesan di sebuah syarikat kejuruteraan di Kuching. Sehingga 12 Julai 2020 jam 12 tengah hari, sebanyak dua (2) kes positif COVID-19 telah dilaporkan dalam kluster ini.

Kes pertama kluster ini (kes ke-8694), adalah seorang pekerja di syarikat tersebut yang telah mendapatkan rawatan di sebuah pusat perubatan pada 9 Julai 2020 apabila beliau mengalami gejala pernafasan. Beliau didapati positif COVID-19 pada hari yang sama.

Susulan itu, siasatan dan aktiviti saringan kontak rapat telah dijalankan. Setakat ini, seramai 32 kontak rapat beliau telah dikenalpasti dan disaring. Mereka terdiri daripada 16 orang rakan sekerja dan 16 orang ahli keluarga. Berikut adalah keputusan saringan tersebut:

  • 1kes dikesan positif COVID-19;
  • 16 kes negatif; dan
  • 15masih menunggu keputusan.

Langkah pencegahan seperti proses pembersihan dan nyah kuman telah dijalankan di premis syarikat tersebut. Punca jangkitan kluster ini adalah masih di dalam siasatan.

SITUASI TERKINI KLUSTER DEPOT TAHANAN IMIGRESEN (DTI) DI BUKIT JALIL DAN SEPANG

Sehingga 12 Jun 2020 jam 12 tengah hari, sebanyak lapan (8) kes positif baharu telah dilaporkan di Kluster Depot Tahanan Imigresen (DTI) di Sepang, menjadikan jumlah kes positif COVID-19 sebanyak 72 kes daripada 1,477 jumlah saringan.

Lapan (8) kes ini telah dikesan daripada saringan 115  Orang Kena Tahan (OKT). Ini merupakan saringan ulangan iaitu saringan kontak rapat ke atas 115 OKT yang ditempatkan di Blok C pada 10 Julai 2020. Kesemua kes-kes positif kluster ini adalah melibatkan bukan warganegara. Mereka sejak sebelum ini lagi sememangnya telah diasingkan iaitu di dalam DTI Sepang dan kini kes positif COVID=-19 dimasukkan ke hospital untuk rawatan lanjut, justeru tidak membawa risiko penularan kepada masyarakat.

KKM ingin memaklumkan status terkini dua kluster Depot Tahanan Imigresen  yang masih aktif iaitu DTI Bukit Jalil dan DTI Sepang, adalah seperti berikut:

KlusterIndividu Yang DisaringJumlah Kes PositifJumlah Kes NegatifMenunggu Keputusan*BWN
DTI Bukit Jalil1,6616491,0120646
DTI Sepang1,477721,405072

Kes-kes positif COVID-19 di kalangan bukan warganegara di kedua-dua DTI ini adalah dari negara-negara berikut:

  • 191 kes warga India;
  • 173 kes warga Indonesia;
  • 160 kes warga Bangladesh;
  • 91 kes warga Myanmar;
  • 65 kes warga Pakistan;
  • 12 kes warga Sri Lanka;
  • Lima (5) kes warga Nepal;
  • Lima (5) kes warga Filipina;
  • Empat (4) kes warga Kemboja;
  • Tiga (3) kes warga Mesir;
  • Tiga (3) kes warga Nigeria;
  • Dua (2) kes warga Vietnam; dan
  • Satu (1) kes masing-masing daripada negara Laos, Libya, Syria, Jepun.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

Dalam pada keadaan penularan COVID-19 dalam negara yang didapati terus terkawal, pihak KKM tetap mengingatkan agar orang ramai terus kekal waspada dan amalkan nasihat-nasihat kesihatan yang disarankan oleh KKM iaitu:

  • Elakkan 3S / 3C:iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).

WhatsApp Image 2020-06-26 at 3.10.48 PM

  • Amalkan 3W:iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), sangat digalakkan memakai alat pelitup separuh muka (penutup hidung dan mulut – facemask) di tempat awam atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
    • Elakkan bersalaman / bersentuhan;
    • Amalkan etika batuk dan bersin;
    • Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
    • Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung;
    • Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.

Selain itu, ingatlah kepada S.O.P, iaitu:

  • S:Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP);
  • O:Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  • P:Penjarakan sosial (social distancing) diamalkan pada setiap masa iaitu sekurang-kurangnya 1 meter.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

12 Julai 2020 @ 5.00 petang

 

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 12 JULAI 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
PERLIS018
KEDAH098
PULAU PINANG0121
PERAK0258
SELANGOR9 (1)2,088
NEGERI SEMBILAN01,027
MELAKA1 (1)257
JOHOR0699
PAHANG0365
TERENGGANU0111
KELANTAN0157
SABAH1380
SARAWAK2579
W.P. KUALA LUMPUR02,445
W.P. PUTRAJAYA1 (1)98
W.P. LABUAN017
JUMLAH KESELURUHAN14 (3)8,718

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED