Translate

13 April 2020

Ustaz Ebit Liew Menolong Orang Yang Tak Berkemampuan, Tak Kira Bangsa atau Agama dalam masa #PKP.

BEST FBKL : Tabik Spring untuk Ustaz Ebit Liew . Ustaz ini menjadi inspirasi kepada ramai untuk menolong mereka yang tak berkemampuan termasuk kami di BEST FBKL.

Perbualan Ustaz Ebit Liew & Penjaga Kuil Yang Menyentuh Perasaan ...




Ebit Lew

Sebak menangis tadi pergi bagi hadiah dan sedikit belanja kawasan saudara masyarakat India. Kita semua sebuah keluarga. Sayang pada mereka. Mereka semua sudah tiada pendapatan dan susah. Semua baik-baik. Terharu jumpa mereka. Ramai menangis masa dapat bantuan.

Ada seorang pakcik ni menumpang di sebuah bilik kecil dekat kilang bersama isteri. Dia lumpuh langsung tak boleh bergerak dan tiada kerja tak boleh bercakap. Patutnya bulan 12 tahun lepas dah tak boleh duduk situ kawasan kilang lama. Habis covid dan nak kena keluar rumah. Sedih tengok pakcik dan makcik tu. Pakcik tu menangis jer dan buat isyarat jer. Jadi sebak.

Mereka tiada rumah nak tinggal. Saya cuba usahakan nak cari rumah untuknya. Doakan yer. Sedih rasa. Ramai orang susah-susah perlukan bantuan

Saya happy dapat jumpa tadi seorang sami baik orangnya. Panjang berbual tadi. Rasa mesra walau jumpa sekejap. Berkongsi rasa kasih sayang dan persaudaraan sebagai manusia.

Saudaraku, disebalik ujian ada rahmat
Pertubuhan Kasih Umat Malaysia.
Cimb 8603546376





Ebit Lew
374K subscribers
Menangis bila dengar 30 keluarga lapar dah putus bekalan makanan. Ada dengar seorang keluarga putus asa dan rasa macam nak mati cuba buat benda bukan-bukan. Sedih. Sebab mereka semua dah tiada gaji. Gaji hari kerja semua stop. Jadi dah tiada duit lagi. Kosong. Duit sebelum ni hantar balik kampung. Ada baby pampers dah habis. Takde duit dah nak beli. Ya Allah walau mereka dari jauh-jauh. Duduk di tapak pembinaan. Menangis tengok baby comel tu.

Saudara saya yang saya kasihi susah dari Indonesia dan Bangladesh. 16 keluarga dari Indonesia. Kerja buruh kasar begini. Syukur dapat hantar beras dan set barang dapur beserta mask untuk mereka. Ada seorang nama yayan sebak kerana katanya selalu dengar ceramah saya dari Indonesia lagi. Sebak dapat jumpa hari ini.

Ya Allah tuhanku. Sebak rasa hati ni. Syukur Alhamdulillah 30 grab motor dan kereta hantar ke madrasah yang perlukan 100 kg beras seminggu ,rumah orang tua, dan juga rumah asnaf-asnaf. Dah habis bekalan kami dalam 3hari. Baru sahaja topup 3biji lori 5 tan lagi. Doakan yer. Allahu. Ya Allah maafkanlah kami ya Allah. tak dapat bantu semua.

Saudaraku, disebalik ujian ada rahmat

CIMB 8603546376
Pertubuhan Kasih Umat Malaysia

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED