Translate

18 April 2020

Ustaz Ebit Lew keluar ke Laut membantu penduduk Kg. Asli di Perairan and Nelayan Dengan Pertolongan Polis Marin #PKP








Sebak hari ini dapat membantu memberi sedikit bekalan dan belanja di kg asli sg dua, Pulau Ketam. Seyu melihat hidup mereka. Rumah jalan atas titi. Rumah atas air. Beri dari rumah ke rumah. Dan dapat juga memberi sedikit hadiah kepada bot-bot kecil yang mencari ikan. Muka macam ayah-ayah kita.

Ada pakcik tu syukur dah dapat sedikit duit belanja ni dah boleh balik rumah lah. Ya Allah jumpa ustaz dekat laut. Ada orang asli duduk atas titi jer. Tutup pakai kanvas jer. Katanya banyak nyamuk musim sekarang. Tidur alas kayu jer. Mandi dekat sebelah. Takde rupa rumah atau pondok pun bukan. Mereka tengah bina surau. Takde rupa surau pun. Aduh tak sangka macam ni pun ada dekat jer dengan kita. Tapi walau begitu mereka semua senyum jer dan semuanya pemalu baik-baik.. Ada anak ramai. Ada juga tinggal sendiri.

Syukur atas permintaan bantuan penduduk setempat. Polis Gerakan Marin membantu dari mula sampai habis bersama OCS Pulau Ketam. Dalam bot dengar kisah hidup mereka sebak. Ramai polis marin bertugas tak balik lebih sebulan. Menjaga perairan negara. Sakit anak isteri kawan-kawan lain bantu. Sedih dengar. Jika bulan puasa kadang buka puasa tepi pokok paya bakau jer. Berhenti tepi perairan jer. Berhari-hari tu biasa. Seminggu dua. Puasa macam biasa. Kadang polis marin berbuka dengan nelayan jer. Allahuakbar. Musim wabak penyakit ni ini mereka benar-benar mengawal tiada cluster baru dari mana-mana sebab tu kerja mereka makin berat. Semua dikawal ketat demi negara dan wabak ini cepat hilang. Hanya Allah membalas setiap pengorbanan polis marin ini. Terima kaseh semua yang berjuang dilautan sana.

Mereka selalu membantu nelayan jika bot rosak dan habis minyak. Abang polis tadi menangis cerita kesusahan nelayan dan juga kawan mereka yang kerja jauh

Rindu ustaz, suasana sebelum ini. Rindu semuanya. Saya pun sama abang rindu kenikmatan hidup sebelum ini. Terima kasih Allah atas nikmatMu selama ini. Terima kaseh frontliner Malaysia abang polis marin.

Syukur dapat membantu di kg asli di perairan dan berjumpa nelayan-nelayan.

Saudaraku disebalik ujian ada rahmat
Pertubuhan Kasih Umat Malaysia
cimb 8603546376















Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kebakaran besar berlaku di Puchong, api menjulang ' 2 mins ago
A visitor from Moscow viewed 'Adik Abam Bocey Ali Puteh Membuat Penjelasan Isu K' 9 mins ago
A visitor from Boardman viewed 'A huge wrong-way bet on Bitcoin has left an uniden' 27 mins ago
A visitor from Ipoh viewed 'Tujuh kedai musnah dalam kebakaran berhampiran Cho' 1 hr 48 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Letupan paip gas bawah tanah punca kebakaran besar' 1 hr 51 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Maut dilanggar bapa sendiri semasa undurkan kereta' 1 hr 54 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Kapal mewah Queen Anne kali pertama singgah di Pel' 2 hrs 24 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Kapal mewah Queen Anne kali pertama singgah di Pel' 2 hrs 30 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '25 terima rawatan awal setakat' 2 hrs 49 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Johor rekod 239 kemalangan jalan raya, empat kemat' 3 hrs 12 mins ago