Lelaki ditahan selepas cederakan petugas KKM, pecah cermin ambulans di Satok
UTUSANBORNEO
2020-04-12T15:56:19+08:00
Tangkap layar daripada rakaman video kejadian yang tular di media sosial
KUCHING: Tatkala orang ramai bimbang dengan ancaman pandemik COVID-19, seorang lelaki bertindak menghalang dan mencederakan seorang petugas kesihatan serta memecahkan cermin ambulans di Satok pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Kuching ACP Awang Din Awang Gani berkata, suspek, 19, yang bekerja sebagai pekerja am di sebuah kedai kini ditahan untuk membantu siasatan.
"Pada 11 April, jam 6.20 petang bertempat Jalan Kulas, berhadapan sebuah bank di Satok, mangsa seorang petugas KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) bersama pemandu dan jururawat menaiki ambulans dalam perjalanan menghala ke Kampung Lintang untuk menangani satu kes kecemasan.
"Sampai di tempat kejadian, mereka ditahan oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dengan mendepakan tangan di tengah jalan untuk menghalang pergerakan ambulans," katanya dalam

kenyataan hari ini. eadaan cermin ambulans yang pecah dalam kejadian tersebut - Gambar media sosial
Jelas Awang Din lagi, pemandu ambulans terbabit terpaksa memperlahan kenderaan dan tiba-tiba terdengar bunyi cermin pecah di bahagian penumpang belakang.
Tambahnya, berikutan itu kenderaan ambulans dihentikan, dan mendapati lelaki tersebut menjerit-menjerit tanpa diketahui sebabnya.
"Apabila mangsa cuba membawa lelaki (suspek) tersebut ke tepi jalan, lelaki tersebut bertindak agresif dan terus menyerang mangsa dengan menarik baju peralatan perlindungan diri (PPE) hingga terkoyak.
"Telah berlaku pergelutan dengan suspek di mana mangsa cedera sebelum suspek melarikan diri," jelasnya.
Bagaimanapun, tegasnya, suspek berjaya ditangkap sekitar jam 10.30 malam di kawasan Lorong Satok.
Katanya lagi, mangsa adalah seorang lelaki berusia 33 tahun yang merupakan seorang Penolong Pegawai Perubatan.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 323/427/186 Kanun Keseksaan," tegas Awang Din sambil menambah, suspek kini ditahan reman.