Translate

13 April 2020

LIVE #Covid-19 Malaysia: | New Cases- 134 , Total Cases- 4817 , ICU- 66 (Ventilator -36 ) | Discharged - 168 Total Discharged- 2276 | New Deaths- 1 Total Deaths - 77 | 13 April 2020






Kenyataan Akhbar KPK 13 April 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 168kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 2,276 kes (47.23 peratus daripada jumlah keseluruhan kes). Sekali lagi, bilangan kes yang didiscaj hari ini juga adalah melebihi bilangan kes baharu yang dilaporkan.
NEW-Purple-Update-case-number-covid-19 (2)
STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA.
Sehingga 13 April 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 134 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 4,817 kes. Oleh itu, setelah kes kumulatif ditolak dengan kes discaj dan kematian, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 2,464 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.
Sehingga kini, seramai 66 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 36 kes memerlukan bantuan pernafasan.
BM DATA KES SETIAP NEGERI
Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan satu (1) lagi kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 77 kes (1.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes):
  • Kes kematian ke-77 (kes ke-2797) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 62 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit jantung, darah tinggi dan penyakit buah pinggang. Beliau telah dirawat di Hospital Melaka pada 31 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 13 April 2020 jam 9.15 pagi.
KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka. 
KLUSTER PERSON UNDER INVESTIGATION (PUI) BALI
Susulan aktiviti tertumpu (targeted approach) yang telah dijalankan oleh KKM melalui pengesanan, penyaringan, ujian ke atas kumpulan sasar yang berisiko tinggi, pihak KKM telah mengenalpasti kluster-kluster kes saling berkaitan di Kuantan.
Kluster Person Under Investigation (PUI) Bali di Kuantan ini adalah satu kluster yang melibatkan golongan pesakit dan beberapa anggota kesihatan dari sebuah pusat perubatan di Kuantan. Sehingga 13 April 2020, 20 orang telah dikenalpasti di dalam kluster ini, iaitu:
  • 14 orang sedang dirawat di wad Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Pahang;
  • dua (2) orang telah sembuh;
  • tiga (3) orang dirawat di unit rawatan rapi;
  • seorang telah meninggal dunia (kes ke-1575).
Daripada keseluruhan jumlah tersebut, terdapat tiga (3) anggota kesihatan yang terlibat dalam kluster ini.
Kes indeks (iaitu kes ke-4684) bagi kluster ini mempunyai sejarah perjalanan ke Bali, Indonesia. Beliau kemudiannya mempunyai kontak rapat dengan kes ke-1575 (iaitu abang kepada kes indeks). Kes ke-1575 kemudiannya telah menjangkiti 7 kes generasi kedua dan 11 kes generasi ketiga.
Terdapat 339 kontak rapat telah dikenalpasti dan ujian saringan COVID-19 telah dijalankan, termasuk 202 anggota kesihatan.
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19 
KKM ingin menasihatkan Rakyat Malaysia agar memainkan peranan masing-masing dalam menangani pandemik ini. Demi kesihatan dan kesejahteraan semua, adalah amat penting supaya masyarakat patuh kepada Perintah Pergerakan Kawalan (PKP) di Malaysia.
Rakyat Malaysia disarankan untuk duduk di rumah dan amalkan jarak sosial yang selamat (social distancing) sekurang-kurangya 1 meter dari orang lain. Teruskan amalan kebersihan diri yang tinggi misalnya kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun, amalkan gaya hidup sihat dan pemakanan yang seimbang.
KKM akan terus memantau perkembangan kejadian COVID-19 melalui segala maklumat yang diperolehi dan akan dimaklumkan kepada rakyat dari semasa ke semasa.
Sekian, terima kasih.
DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

13 April 2020 @ 5.00 petang
  
BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA
(SEHINGGA 13 APRIL 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI) 
NEGERIBILANGAN KES BAHARUBILANGAN KES KUMULATIF
PERLIS017
KEDAH093
PULAU PINANG0116
PERAK3247
SELANGOR131,249
NEGERI SEMBILAN42360
MELAKA0144
JOHOR21579
PAHANG0225
TERENGGANU4106
KELANTAN2154
SABAH14280
SARAWAK6348
W.P. KUALA LUMPUR27830
W.P. PUTRAJAYA254
W.P. LABUAN015
JUMLAH KESELURUHAN1344,817

PRESS STATEMENT
MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA
UPDATES ON THE CORONAVIRUS DISEASE 2019 (COVID-19)
SITUATION IN MALAYSIA
Current Status of Confirmed COVID-19 Cases Who Have Recovered
13 April 2020 – The Ministry of Health (MOH) would like to inform that 168 cases have fully recovered and discharged well today. Cumulatively, 2,276 confirmed COVID-19 cases have fully recovered and discharged well (47.23% of total cumulative cases). Again, the number of cases discharged today is higher than the number of additional confirmed cases reported.
Current Situation of COVID-19 in Malaysia
13 April 2020, 12 pm – A total of 134 additional confirmed COVID-19 cases were reported to the National Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) MOH today. Cumulatively there are now 4,817 confirmed COVID-19 cases in Malaysia. After removing cases discharged well and deaths, there are currently 2,464 active and infective COVID-19 cases. They have been isolated and provided treatment.
Currently, 66 confirmed COVID-19 cases are receiving treatment in intensive care units (ICU), and of these, 36 cases are on ventilation support.
CONFIRM CASE BY STATE baru
Regretfully, one (1) additional COVID-19 death was reported to the National CPRC MOH. Cumulatively, there are now 77 COVID-19 deaths in Malaysia (1.6% of total cumulative cases):
  1. Death #77: Case 2,797 is a 62 year-old Malaysian man with a history of heart disease, hypertension and kidney disease. He was admitted into Melaka Hospital 31 March 2020 and was pronounced dead on 13 April 2020 at 9.15 am.
MOH conveys condolences to the family members.
The Bali Person Under Investigation (PUI) Cluster
Following the targeted approach carried out by MOH for detection, screening and testing of high-risk groups, MOH has identified inter-related clusters in Kuantan, Pahang.
The Bali PUI cluster in Kuantan involves a group of patients and healthcare workers (HCWs) from a medical centre in Kuantan. As of 13 April 2020, a total of 20 individuals have been identified in this cluster:
  • 14 individuals are being treated at the Tengku Ampuan Afzan Hospital, Pahang
  • 2 individuals have fully recovered
  • 3 individuals treated in the ICU
  • 1 individual has passed away (Case 1,575)
Of these 20 individuals in this cluster, 3 are HCWs.
The index case (Case 4,684) for this cluster has a history of travelling to Bali, Indonesia. He then infected a close contact, Case 1,575 (his brother). Case 1,575 subsequently infected 7 second generation cases and 11 third generation cases.
A total of 339 close contacts have been identified and COVID-19 screening tests have been conducted, including for 202 HCWs.
Health Advisory on COVID-19
MOH advises all Malaysians to play their part in managing this pandemic. It is very important for the public to comply with the Movement Control Order (MCO) for the sake of health and well-being of everyone.
Malaysians must remain at home and practice social distancing at least 1 metre away from others. Continue to maintain a high standard of personal hygiene such as washing hands frequently with water and soap, and practice a healthy lifestyle including a balanced diet.
MOH will continue to monitor the development of the COVID-19 situation based on all available information, and the public will be continuously updated on the latest information.
Thank you.
Datuk Dr Noor Hisham Abdullah
Director General of Health Malaysia
13 April 2020 @ 5.00 pm

Number of Confirmed COVID-19 Cases in Malaysia, by States
(Cumulative, as of 13 April 2020, 12 pm)
StateNo. of New CasesCumulative
Perlis017
Kedah093
Pulau Pinang0116
Perak3247
Selangor131,249
Negeri Sembilan42360
Melaka0144
Johor21579
Pahang0225
Terengganu4106
Kelantan2154
Sabah14280
Sarawak6348
WP Kuala Lumpur27830
WP Putrajaya254
WP Labuan015
Total1344,817

Image

Image

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED