Translate

19 April 2020

Ketua Polis Negara Tan Sri Hamid Bador nafi beri 'kabel' lakukan perjalanan ketika PKP


Ketua Polis Negara nafi beri 'kabel' lakukan perjalanan ketika PKP

Afiezy Azaman, Astro Awani | April 18, 2020 17:05 MYT


Kebenaran hanya akan diberikan apabila melibatkan kes kebajikan atau pesakit yang mahu mendapatkan rawatan, tegas Abdul Hamid Bador. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador menegaskan, beliau tidak pernah memberi sebarang keistimewaan kepada mana-mana individu untuk melakukan sebarang perjalanan sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Beliau menegaskan, kebenaran hanya akan diberikan apabila melibatkan kes kebajikan atau pesakit yang mahu mendapatkan rawatan.
"Kecuali bagi kes-kes melibatkan kebajikan golongan OKU (orang kelainan upaya) dan pesakit, saya tidak pernah dihubungi oleh sesiapapun untuk mendapatkan “keistimewaan” bagi melakukan sebarang perjalanan tidak wajar dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini berkuatkuasa.

"Segala peraturan yang terkandung di dalam PKP ini mesti dipatuhi oleh semua pihak." katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Terdahulu tular di laman media sosial seorang individu bernama 'Aznie Afiza' yang melanggar PKP dengan mengaitkan nama Ketua Polis Negara.

Aznie mendakwa, bapanya merupakan rakan kepada Abdul Hamid dan memuat naik ciapan di Twitter menyatakan dia berjaya pulang ke Kuantan pada 12 April lalu.

"Hari ini 'mood' tidak baik sikit petang tadi cakap dekat mama papa nak balik Kuantan kemudian papa telefon KPN TS Hamid (Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid) sebab itu kawan dia tapi tidak jawab.

"Mungkin dia (Abdul Hamid) tidak boleh jawab panggilan sebab terlalu ramai orang minta tolong masa COVID-19, cuba nasib kalau 'cable' ini membantu," tulis Aznie di Twitter.

Aznie turut memuatnaik video berdurasi 14 saat yang menunjukkan beliau telah tiba di persimpangan Genting Sempah untuk ke Kuantan.


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED