Translate

18 April 2020

Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Tumpas Sindiket perjudian online antarabangsa didalangi warga china




MKL Crimedesk


[ JENAYAH MINGGU INI ]

Sindiket perjudian online antarabangsa didalangi warga china yang aktif beroperasi hingga mengaut untung bulanan mencecah 10 juta ringgit tumpas dalam 3 kediaman di batu 14 amanria residence puchong selangor petang jumaat.

dalam operasi judi online jol yang dilakukan unit risikan operasi perjudia maksiat d7jabatan siasatan jenayah bukit aman berjaya memberkas 54 warga china termasuk 4 wanita.

pengarah jabatan siasatan jenayah (jsj) bukit aman, dato' huzir mohamed berkata,
ketika serbuan jam 3.30 petang.. kesemua mereka sedang ligat memancing pelanggan.

premis 3 tingkat itu ditutupi rapat dan dikawal menggunakan kamera litar tertutup cctv.

siasatan mendapati sindiket disyaki mengurus, menganjur dan mempromosikan aktiviti perjudian jenis canada 28 dan beijing 28 secara online menggunakan laman sesawang https://m.dd8686.net/

mereka mempromosikan permainan ini kepada pelanggan dari negara china melalui aplikasi we chat.

sindiket berusaha memujuk pelanggannya dengan mendakwa permainan terbabit senang dimainkan dan peluang untuk menang adalah tinggi.

dalam mesej terbabit turut disertakan qr code bagi pelanggan mencuba nasib.

dalam serbuan itu, polis merampas 60 set komputer, 313 unit telefon bimbit, 6 modem dan 7 router.

kesemua mereka berusia lingkungan 18 hingga 54 akan melalui proses saringan kesihatan.

kes disiasat mengikut seksyen 4 (1) (a), (c) dan (g) akta rumah judi terbuka 1953.

seksyen 15 (1) (c) akta imigresen 1959.

per 39 b peraturan peraturan imigresen 1963.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED