Nur Sajat tidak hadir mahkamah tanpa alasan, waran tangkap dikeluarkan
Jumaat,
13 Mac 2020 12:48 AM
MSTAR
Nur Sajat tidak hadir semasa pengurusan kes pada pagi Khamis.
MAHKAMAH Majistret Shah Alam, Selangor mengeluarkan waran tangkap terhadap usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat kerana tidak hadir tanpa sebarang alasan bagi pendakwaan kes di mahkamah pada Khamis.
Seperti dipetik Harian Metro, dia dituduh memiliki untuk tujuan jualan 11 produk yang bukan keluaran berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengikut Peraturan 7(1)(a) Dadah dan Kosmetik 1984.
Jika sabit kesalahan boleh dihukum iaitu denda tidak melebihi RM25,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
Sumber berkata, malangnya Nur Sajat tidak hadir semasa pengurusan kes berkenaan.
Waran tangkap dikeluarkan terhadap Nur Sajat.
“Waran tangkap itu dikeluarkan terhadap Nur Sajat kerana tidak hadir tanpa sebarang alasan bagi pendakwaan kes di mahkamah.
“Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Nor Aini Suzila Zakariah dari Cawangan Penguat Kuasa Farmasi (CPF) Jabatan Kesihatan Negeri Selangor,” katanya.
Difahamkan pihak CPF sebelum ini melakukan pemeriksaan di premis milik ahli perniagaan itu di Shah Alam, Selangor pada 15 Ogos lalu.
Pihak CPF turut bertindak mengambil keterangan dari beberapa pekerja di premis itu termasuk Nur Sajat selaku pengarah syarikat berkenaan.
Pemeriksaan dilakukan pegawai CPF di premis itu kemudian menemui produk disyaki bukan keluaran berdaftar dengan KKM sebelum tindakan rampasan dilakukan.
Semakan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendapati syarikat diperiksa itu adalah berdaftar dan semua produk dirampas adalah milik Nur Sajat untuk tujuan jualan.
Berdasarkan keterangan diambil, syarikat itu jelas melanggar Peraturan 7(1)(a) Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.
Nur Sajat sebelum ini pernah dihadapkan di mahkamah sama pada 14 Disember 2018 atas pertuduhan mengikut Seksyen 41 (6) Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014.
Malah dia juga pernah didakwa kerana memiliki 19 produk kecantikan tidak berdaftar dengan KKM di Mahkamah Majistret Johor Bahru pada 12 Mei 2019.
Ia susulan tindakan KKM melakukan pemeriksaan di sebuah premis di Bandar Baru Uda sebelum merampas 19 produk kecantikan tidak berdaftar bernilai hampir RM10,000.
SUMBER: HARIAN METRO